Saturday, December 19, 2009

I'm an Addict !

Saturday, December 19, 2009 0



Have I ever told you that I'm a lipbalm addict? Mungkin kelakar but really, it's already taken over my life! Seriously, aku rasa macam tak boleh 'hidup' kalau takda lipbalm kesayangan aku, that is 'Lip Ice'. Ala yang si Lisa Surihani pakai kat dalam iklan tu haha.

Aku rasa tu normal la kan..until my younger sister, Cma, bagitahu aku yang overuse lipbalm ni boleh menyebabkan bibir jadi hitam. Okay. Aku tak takot. Sebab.. Ntah! Macam tak logic!

Okay aku takut sebenarnya. In fact aku baru perasan yang lip atas aku ni macam gelap sikit. Sikit la... So then I started to wonder.. betul ke???

So aku try la google benda ni. Info-info menarik yang aku jumpa, yang menjawab persoalan aku ni:

* Rumours kat paper yang mengatakan lipbalm mengandungi ingredient yang boleh menyebabkan cancer adalah tidak benar sama sekali okay!

* The worst effect kalau overuse lipbalm adalah bibir jadi lebih kering. Tu je!

* Elakkan daripada menggunakan lipbalm yang mengandungi 'menthol' (macam LipIce tu). Bila guna memang rasa best and sejuk je. Tapi menthol ni la yang 'membuang' satu lapisan (protective layers) atas lips kita. Bila 'protective layers' ni dah tak ada, so lips kita akan lebih terdedah pada faktor-faktor persekitaran yang menjurus kepada pengelupasan dan bibir kering.

* Go for a product yang tak ada scent / flavor macam strawberry ke apa ke..better pilih something yang natural.

Additional info

* Some dermatologists think that shiny lip glosses can make your lips more vulnerable to the sun's harmful ultraviolet rays, which increase your risk of sunburn and to skin cancer. (Ini lip gloss okay. Bukan lipbalm)

* The best choice of lip gloss is the one that contains sunscreen and is marked with an SPF, or sun protection factor, of 30 or higher. This will prevent sunburn and skin cancer.

So..should I stop using LipIce? No kan..just jangan overuse.. Tapi for now, nak cuba try product lain. I think I've been using LipIce for years, still my lips are drying. Seriously. Patut dah sedar dari dulu kan? Kan? Kan? :D


|| Or maybe I should just use toothpaste.. Berkesan ke? ||






Share

Streamyx Upgrade Promotion!




Maybe some of you still do not know that streamyx is having it's upgrade promotion up until 31 December THIS YEAR!

Owh mungkin lah kalau korang ni jenis macam aku..yang takkan tahu updates-updates yang lebih kurang macam ni..melainkan ada orang yang bagitahu.

Macam benda ni pun aku dapat tahu dari encik yang tersayang. Kalau tak, memang 'ape kejadahnya' nk bukak website streamyx.

Macam aku cakap tadi, promotion ni SANGATLAH BERBALOI-BALOI sebab murah sangatlah bagi aku. Bila dah upgrade package korang, bil 4 bulan pertama korang akan bayar amount yang sama untuk package korang pakai, then the 5th month just +RM5. What a deal!!

Hah? Tapaham apa aku cakap? Ala tengok la sendiri kat bawah ni!









Or you can refer to streamyx website.

There's still time!


** bisou **






Share

Saya suka tukar-tukar ____


Aku ingat lagi. Apa yang ada dalam kepala otak aku masa dulu, tak elok kalau selalu tukar syampu. Nanti akan ada negative effect pada rambut.

In fact, banyak jugak aku jumpa kat forum-forum dan blog-blog yang author dia cakap, kalau selalu tukar syampu, nanti rambut berminyakla..cepat gugur la..Aku pun percaya bulat-bulat tanpa usul-periksa pun whether benda-benda macam ni adalah expertise diorang.

Until one day (last year) masa aku kat salon, this chinese woman (around 30s?) yang buat rambut aku tu cakap, takda masalahnya kalau nak tukar-tukar syampu. Neither dia akan bagi rambut jadi more healthy. There's no such thing yang akan buat rambut gugur la..berminyak la..ada dandruffs la..hanya sebab kerap tukar syampu.

She added, the most important thing is what shampoo you use.

Phew. Nak dengar cakap sapa ni.

Btw aku tak kisah pun pasal benda tu semua sebab perangai aku ni memang suka tukar-tukar syampu. Cepat boring kalau pakai 1 product je.


|| You never know what's the best if you stick to the only one. Maksud aku, pasal syampu la. Haha. Jangan salah paham ye. ||






Share

Friday, December 18, 2009

Childhood Obsession

Friday, December 18, 2009 1


What was your all-time favourite childhood games to play? Mesti berlambak kan?! Most people kalau kat Malaysia mesti korang main Saidina..Monopoly..Happy Family..Dam Ular..

Well aku tak pernah main Monopoly. Serious. Secara jujurnya, aku baru start main masa 1-2 tahun lepas. Tu pun main kat dalam handphone (symbian game). So..sangat tidak 'memberahikan' bila nak main tu. Yela. Kau punya opponent ialah 'computer'. Tak best langsung! Lepas tu kalau main guna handphone, bila nak baya sewa tapak or dapat gaji tu..tak terasa real. Sebab tak nampak duit depan mata. Haha. Ala btw Monopoly pun lebih kurang sama dengan Saidina kan..

Lagi satu masa dulu mesti korang pernah main Sahiba. Sahiba tu board game yang susun perkataan untuk collect marks tu la.. Kat Yahoo Games dalam korang punya YM pun ada..Ooohh aku sangat suka. Tapi kalau Scrabble tak pernah sentuh. Hehe. Sama je.. Kenapa diorang nak implement game yang sama type ar? Tapaham aku.


Lepas tu masa dulu sibuk gak main Cube. Ala yang pusing-pusing nak dapatkan color yang sama tu. Masa dulu aku ingat lagi. Bukan main terer je nak buat. Sekarang terhegeh-hegeh. Macam gambar kat tepi ni, adik laki aku yang punya (Syapiq). Sampai dah luntur dah color dia.
Ada sekali aku ternampak kat Toys'R'Us. Berpuluh-puluh hengget benda alah ni. Sebab brand dia ke yang menjadikan dia mahal? Zaman aku dulu benda ni RM5 je rasanya.


Pastu aku punya all-time fav adalah UNO Games. Ngaaaa memang sangat addicted masa tu! Aku ingat lagi..around 90's..masa tu UNO famous sangat. Kalau kat dalam kelas tu, sapa yang bawak UNO games memang habis hebat la tu. Haha. Budak-budak.
Collection yang aku ada simpan sampai sekarang ialah UNO Card, UNO Stacko & UNO Madness.





UNO Card ni yang first skali aku beli guna duit sendiri (duit ayah aku). Masa tu kalau tak silap time sekolah menengah kot. Agak la. Aku beli sebab dia macam Barbie's Edition. Lain sikit dari yang standard original punya.

UNO Card ni aku rasa nenek belah ayah aku pun tahu main. Simple je rules dia. Senang nak faham. Takde la sepening nak main daun terup tu. Wahaha! Kalau tengok cover dia kat atas ni ada kesan conteng-conteng. Tu semua Cma / Syapiq punya kerja masa kecik-kecik dulu.




Yang paaaaaaling aku sayang sekali ialah UNO Madness. Aku dapat ni masa ada Family Day TNB kat Janda Baik. Aku masuk acara lari sambil gigit sudu yang ada bola ping-pong. *Pathetic* . Aku dapat 2nd place. Kalau yg 1st tu siap dapat UNO Stacko & UNO Card sekali. Jealous aku! Kalau la angin tak tiup masa tu! *Salahkan angin*

Rules dia sama dengan UNO Card. Cuma cards tu digantikan dengan tiles. Nanti board tu kita akan setkan timer. Benda bulat atas tu la. Pusing sampai habis. Then dia akan berbunyi *ketekketeketeketekketek* then masa tu la terkocoh-kocoh each player kena letak tiles diorang kat atas board tu ikut giliran sampai kat tengah-tengah UNO tu. Sampai la *meletup* platform kat board yang kaler purple tu. Best main ni sebab lebih rasa suspense and agak tergezut bila meletup tu haha.

Biasa la kan..budak-budak..masa dulu memang aku pantang dapat or beli benda..or anything yang jadi milik aku, semua aku akan tulis nama. Padahal, bukannya orang nak curi pun.

(Aku nak try hilangkan nama tu tapi tatau camna. Tape la..kenangan tulisan zaman kanak-kanak.Hehe)




Last sekali UNO yang aku DAPAT ialah UNO Stacko. Ni tak lain tak bukan akak kesayangan aku yang bagi. Haha. Kak Aina la. Yang aku baru post pasal jual pampers cute tu. Hihi. Masa tu dia datang melepak rumah aku. Dia bawak sekali UNO Stacko ni. At last dia bagi terus. Hehe banyak betul kenangan masa tu.

UNO Stacko ni sama type dengan Jenga. Cuma rules dia sama dengan yang UNO Card & UNO Madness la. That's why dia lebih seronok dari Jenga. Sebab kalau nak amik blocks tu pun kena ikut rule. Then the person makes the tower falls tu the loser la. Hehe.

BTW.. Aku tak rasa semua game ni budak-budak je yang main. Macam aku, sampai sekarang lagi aku main Saidina..UNO..semua benda alah tu.. Cuma time je yang tak mengizinkan. Terutamanya bila nak gather semua adik-beradik main game ni. Sangat leceh. Hihi..


|| Budak-budak zaman sekarang main online game je rasanya... Phew! ||






Share

Thursday, December 17, 2009

Comics/Novels to let go :)

Thursday, December 17, 2009 2

Yup! I'm selling novels! Semua novel ni ada yang dah habis baca and ada yang tak pernah baca langsung. Beli je. haha. Well..who cares.

Okay oleh kerana aku dah tak larat nak tengok rak buku aku tu penuh dengan buku-buku cerita yang aku rasa aku memang takkan baca lagi, so aku decide nak let go semua ni dengan harga yang murah.





1. Hot Gimmick (GempakStarz) by Aihara Miki [RESERVED]

Ni yang paling aku sayang nak let go. Komik ni aku nak jual full set. Kalau nak beli certain volume, akan dipertimbangkan.

Komik ni mengisahkan tentang Hatsumi, yang terpaksa jadi 'hamba' kepada Ryoki (mamat nerd + genius, yang suka buli Hatsumi) setelah kantoi membeli 'pregnancy test kit' untuk adiknya, Akane. So untuk tutup mulut Ryoki, terpaksa lah jadi 'hamba' dia. Ooooohh panas! (bak kata Fazura haha). Cerita ni basically tentang cinta 4-segi. err..sebab 3 orang mamat berebut nak Hatsumi.

Tak sure pulak kalau komik ni diklasifikasikan sebagai 'U'. Hihi..

Condition : Some of the books ada kotor sikit kat atas tu, tapi kat dalam dia perfect!

Price : Contact me.




2. Mutants by David Jacobs

Cerita pasal semut makan orang.

Condition : old

Price : RM7



3. Star Wars : Lost Jedi Adventure Game Book by Paul Cockburn.

Comic game tu la. Macam pilih no. ni, then akan ke action ni. Macam tu la. Tak reti nak explain. Haha.

Condition : Good.

Price: RM10



4. Ride a Painted Pony by Carolyn McSparren

Pasal siasat-menyiasat pastu jatuh cinta, Dem.

Condition : Ok la...

Price : RM8



5. Heaven by Viginia Andrews

Cerita pasal..Tah la..Tak pernah baca..Malas nak refer sypnosis dia.

Condition : Old

Price : RM4




6. Prowlers : Predator and Prey by Christopher Golden

Jack Dywer who is able to communicate with ghosts after his best friend (Artie) was brutally murdered by savage predators.

Condition : Good

Price : RM10




7. Dawson's Creek : Bayou Blues

Typical Dawson's Creek punya cerita. Diorang pergi melawat Jen's cousin di Louisiana and then get involved in scary situation. Like voodoo. Ooooohh..

Condition : Ok la..

Price : RM10




8. The Tides by Melanie Tem

Rebecca, who has begun experiencing bizarre hallucinations and strange childhood memories after she is mysteriously drawn to visit an empty lake bed behind the nursing home, after being an administrator at the Tides. (Amazon's review)

Condition : Good!

Price : RM10




9. Slain in the Spirit by Melanie Tem

Leila, a woman who is only able to see the world in colors and shapes due to her near blindness, is plunged into a world of terror when she is kidnapped by Russell, a man who believes that her blindness is caused by the evil that lurks within her heart and will stop at nothing to cleanse her soul.

Condition : Good

Price : RM10




10. Sweet Valley Jr. High #14: My Perfect Guy by Francine Pascal

My fav SV collection. Damon asked the twin girl, Jessica to be his girlfriend. She accepts, of course, but she finds that maybe Damon isn't so perfect for her. Both of them are finally going out but then..let's just say they are too young to fall in love cuz they don't know what the other want wants. Funny jugak.

Condition : Hurm.. Boleh la..

Price : RM 7




11. Sweet Valley Jr. High #15: Hands Off by Francine Pascal

Liz, the other twin falls for this Richard guy who likes to flirt a lot with other girls. Huh.

Condition : So-so

Price : RM 7




12. The Chinese Girl by John Baker

Stone Lewis has been out of prison and back in Hull for six weeks after serving the last eleven years for killing the bodyguard of Shooter Wilde, the man who had slashed his mother's face. Shooter is the gangster who runs Hull's underworld and he made sure Stone didn't have an easy time of it in prison. The gangs rapes left mental scars, the disfiguring tattoos on his face given to him by his fellow inmates left scares for the whole world to see. Stone wants a normal life, but he also wants revenge on the man who scared his mother and is responsible for his tattooed face. (Amazon's review)

Condition : Good

Price : RM 10



Contact method/details: PM me @ YM!

Dealing method : Pos / COD @ Melaka

Warranty : Are you kidding me???



|| Semoga rak menjadi kosong kembali ||





Share

Pampers cute. Ada ke?




Ada! Sapa kata takde!

Kelmarin ada sorang kawan (Kak Aina) kenalkan kat aku pasal pampers yang comel ni. Nama scientific dia Lunatots Cloth Diaper (CD).

Berbeza dengan Disposable Diaper(DD), CD ni lebih senang nak dipakai, tahan lama dan boleh dibasuh. Haaa..kan jimat namanya tu? Salah satu kelebihan dia, material kat bahagian dalam dia akan buat baby rasa lebih kering dan tak bocor la. Senang cerita.

Ada aku baca sikit-sikit kat info dia, DD ni boleh menjadi salah-satu punca penyakit 'athma' pada bayi. Then, material gel kat pampers DD ni jugak merupakan 'Sodium Polyacrylate' yang akan menyebabkan alergi teruk macam muntah-muntah, jangkitan kuman dan demam (ikut nasib baby yang kena tu la..)



Lagi satu, dia ada banyak size la..kalau korang sendiri yang rasa nak pakai tu..kot-kot ada yang kena kencing tak lawas ke..bladder bocor ke..ha try la. ~Lalala~

Bila difikir-fikir balik, memang jimat kalau pakai. Bayangkan, CD ni boleh pakai lagi kat the next-next-next baby. Duit yang jimat tu boleh beli Home Theatre. Yayay!



Okay kat atas ni pun ada direction macam mana nak pakaikan CD ni kat baby. Ala bungkus je macam biasa. Cewah berlagak pulak aku. Thee hee hee..

Tapi aku nak cerita bagai memang tak reti la..so kalau interested, aku forwardkan korang terus kat Kak Aina ni..Blog dia pun ada explain lebih detail.


Klik sini wogeh!


|| Tunggu aku dah ada baby nanti, aku borong 1 guni. Ha! ||






Share

Tuesday, December 15, 2009

People judge by nicknames!

Tuesday, December 15, 2009 3




Tengah-tengah belek Facebook tadi..tiba-tiba nampak satu benda yang kelakar.

One of my friend's friend has this unbelievably nickname:

"Mr *****-**** ACCA"

Ooohhh...annoying.

Yeah tell the whole world yang kau ada ACCA.

Don't blame me. I just don't know what else to do.


|| Hafizah PhD. Nice. Haha. Self-proclaimed. ||



Share

Monday, December 14, 2009

Why Hitler likes Taylor so much,I just don't get it!

Monday, December 14, 2009 0


Still remember the incident occured to Taylor Swift when Kanye-stupid-ass-West embarrassed her and crashed her speech, claiming that Beyonce should've won the award at VMA? Yesterday I searched for the video to watch it again on YouTube, but hystorically found this :




|| I always thought that Hitler was really bad. But after watching this, none of it matters ||

Share

Sunday, December 13, 2009

Garam punya pasal..

Sunday, December 13, 2009 0


Hari tu melepak-melepak kat rumah along di Putrajaya.

Tengah-tengah nak kacau Kak Long masak, dia ada la bagi info sikit.

Katanya, masa dia tengah pregnant dulu, doctor tu bagitahu..orang Melayu ni memang suka letak garam awal-awal masa nak masak tu.. (Kenapa letak awal pun aku tatau sebab aku tengok mak aku letak awal, aku letak jela haha)

Then doctor tu kata, sebaik-baiknya letak garam tu bila dah nak last-last. Maksudnya, bila dah nak masak tu baru letak garam, then tak lama baru tutup gas.

Secara tersiratnya, doctor tu kata, kalau letak awal-awal, semua zat makanan tu akan hilang. Then, boleh jadi punca darah tinggi. (Haiya..beza letak garam 5 minit pun leh darah tinggi..adoyai).

Plus, doctor tu cakap, orang darah tinggi memang tak boleh stop amik garam, nanti penyakit dia tu tak akan elok. Mungkin kalau orang macam aku ni fikir, darah tinggi disebabkan garam yang berlebihan, so better stop amik garam.

Tapi lain la pulak scientific-nya kan?

Ibarat orang dah dapat lung cancer, then suruh dia stop merokok. Rasa-rasa cancer dia tu akan elok tak? IDTS.

Ni aku dapat info dari Kak Long aku je. Malas pulak nak Google pasal kesahihan benda ni. If ada pakar, sila-sila komen and explain okay! Ciaw!


|| Sangat suka fries McD bila diorang letak garam banyak-banyak! Hmmph!! :D ||



Share

Friday, December 11, 2009

Bila Result Dah Keluar...What Should You Do?

Friday, December 11, 2009 0


Really.

I am asking myself. Every single second.

Alhamdulillah pasal result tu, aku pass semua subject. Lega. Tapi apa yang memeningkan kepala aku sekarang ni..nak buat apa eh? I really wanna decide something yang boleh membuatkan life aku jadi meaningful dan at least boleh diteruskan.

I am SO TORN samada nak further study atau terus carik kerja. In other words, it's about whether I should do things like normal people do; or should I just do what I REALLY want to?

Apa yang normal people buat lepas grad? Carik kerja.

Apa yang aku nak sangat buat? Err kerja..(sebab kalau nak further study dah tak larat. No other option).

Some say better further studies sebab certificate tu penting. Tapi sekarang, you know what? GTH with certificate. Holding a degree does not secure me into a comfortable position. Nowadays those firms are looking for candidates who have more than that.

My inner side responds : "Jangan tamak, Fiza. Bersyukur dengan apa yang ada."

Apa yang penting? !!Kerja----sama!!

Oooohh wonderpets.

Ok meng-kerepek.

Apa yang penting? Carik pengalaman. Tapi bila tengok-tengok kat jobstreet tu..most of them nak carik yang dah ada experience bekerja. Hoh! Kesianlah kat fresh graduates!

Ada seorang member aku ajak buat this type of business (i consider as multi-level marketing). Even though dia dah cerita beria-ria kawan dia dah dapat beli kereta sebijik within months, still aku tak terasa attracted.

Being employed is the most secure thing for me rather than waiting for the uncertain.


|| Done. So, kena carik kerja. Dammit. ||



Share

Saturday, November 21, 2009

Tak Kisah Pun!

Saturday, November 21, 2009 0


Phew! Kebosanan melanda! WTF?! Hari ni aku kena tinggal duduk rumah dengan adik laki aku, Syafiq, sebab family members aku yang lain pergi jalan-jalan kat Johor (bukanlah jalan-jalan sangat, tapi nak pegi berurut je)..

So aktiviti aku hari ni tak lain tak bukan baca novel sambil ber-breakfast-kan Twisties, tengok ulangan Macam-Macam Aznil, update Facebook (tatau update apa sebenarnya. Just feels like saying 'update'), update blog (I really am doing this) dan cari list Chick Flick movies yang best-best.

Oh dan tadi aku bagi kura-kura aku makan kulit roti (sebab aku tengok botol makanan dia tiba-tiba kosong. Of course dah habis sebab dia makan. Bukan jiran aku makan sebab botol tu dia boleh capai dari rumah dia). Tapi macam dia taknak makan je. What to do? Aku pun takde transport nak pegi Pet Shop kat depan taman rumah aku tu. Tapi mungkin bagi roti tu..ibarat bagi kucing makan rambutan? Okay now aku sedang merepek.

Tapi sungguh bosan! Actually aku tak kisah pun. Sebab kalau ada internet, aku boleh tahan lagi. Tapi sebab rasa nak keluar. Tu je. Boring banget.


|| Boringgggg! ||

Share

Friday, November 20, 2009

New Family!

Friday, November 20, 2009 1



* Picture : Anak sepupu aku, Cepel (belakang tu kancil merah ibu) *

Setelah bertahun lamanya kereta kancil merah berjasa pada ibu aku, akhirnya berjaya jugak ibu dapatkan kereta baru, Perodua Viva color putih. Kereta kancil merah tu rasanya nak dekat 5 tahun ibu pakai (agak lama jugak!) sebab the fact that kancil tu kereta 2nd hand. Beli dari Driving School. So korang boleh bayangkan la..betapa kereta tu dah dibawak lasak oleh student-student yang belajar memandu dekat situ.

Tapi kan, aku kira respect dengan mak aku sebab selama dia pakai kereta ni, dia handle dengan cekap sekali. Haha. Kalau aku bawak kereta tu, memang susah la nak masuk gear. Maklumlah..kereta veteren hikhik. Nak kata pulak, kereta ni dah banyak sangat hantar repair. So memandangkan takut nak incur cost yang lebih tinggi lagi, baik beli kereta baru. So ibu scrap la kancil ni and amik Viva. Worth it.


|| Lepas dapat kereta baru ni, ibu aku asyik nak keluar beli barang je haha ||



Share

Wednesday, November 18, 2009

Too Late?

Wednesday, November 18, 2009 0


Ok now that aku dah lama sangat tak update blog kan..since puasa rasanya kalau tak silap. So oleh kerana aku dah tak tahu nak buat apa lagi sekarang ni..(selain novel+facebook+movies), so aku nak update balik apa yang aku dah banyak 'missed' sebelum ni. In short!

Too late kan, kalau nak cerita Hari Raya? Apatah lagi bulan puasa..




Okay masa puasa hari tu kitorang tak banyak buat kuih sendiri..Disebabkan busy (dan malas). So aku dengan adik aku (Syima @ Cma) buat beberapa jenis kuih je (actually 3 jenis je). Kuih Makmur, Kuih Tart & Kuih Dahlia. Ibu aku pulak busy giler nak siapkan tempahan baju kurung (almost baju kurung kami tak siap!). Tapi berpuasa time weekdays memang seronok. Sebab kalau tak pegi kelas, lagi la rasa lambat je nak buka puasa.

Back (from left) : Kak Long, Me!, Cma & Syafiq
Front (from left) : Along, Ibu & Hariz


Walaupun puasa tak cukup sebulan (haha!), tapi raya memang best! Raya kali ni first time kami sekeluarga dapat bergambar full (dengan baby!). Semua pakai serba merah. Hariz pulak (dulu Haikal-long story. Later baru cerita okay!) duduk diam je sebab dia memang pantang nampak benda yang canggih-canggih macam handphone & camera.

Tapi raya kali ni memang tak banyak berjalan sangat. Pergi rumah sedara yang dekat-dekat je. Memang tak keluar dari Melaka pun. Phew! Tak rasa macam raya pun ada. Kan seronok kalau dapat balik kampung jauh-jauh yang ada rumah papan yang ada tangga tu..then boleh main mercun or bunga api or whatsoever. It feels like..raya is supposed to be like that.Kan?Kan?Kan?


Anyway Hariz pun dah 9 bulan sekarang..dah pandai merangkak, duduk & memanjat, buat-buat menangis (sebab aku/Cma selalu berlakon menangis depan dia), jeling orang (macam aku kecik-kecik dulu!), dah pandai sebut 'GITAR' & ajuk orang lain batuk. Fuh. Sekejap je rasanya dia membesar. Rasa macam baru semalam tengok dia merengek macam baby

And now here I am. Tak berani nak apply kerja lagi sebab nak tunggu result exam keluar. Sharul kata aku patut duduk rumah belajar masak (malasnya!). Tapi why not kan? Daripada buang masa mengadap laptop dan kadang-kadang tak tahu nak update apa kat facebook.


|| Okay for now. Bizzu! ||



Share

Monday, November 16, 2009

Shopping For Three?

Monday, November 16, 2009 0


Hoh guyz! Lama betul dah tak update blog ni kan?! It's been so long sebab terlalu busy sangat dengan exam. Yeah final sucks, everyone knows that. But since it's over, aku nak gunakan time ni untuk lepaks sepuas-puasnya!

(Actually memang dari awal nak cari kerja. Tapi oleh kerana exam hari tu aku tak nailed betul-betul..so..you know..it's better untuk tunggu dulu result kua..just in case..never mind.)

Okay for now, aku baru je habiskan Sophie Kinsella's one of the Shopaholic series. And it's called 'Shopaholic and Baby'.

(The fact that kesan meminjam Shikin punya novel 'Can You Keep Of Secret?' menyebabkan aku da addicted terhadap Sophie's collection. Oh no. Duit berterbangan)

Okay novel ni (Shopaholic and Baby) memang lah bagi macam aku tak senang duduk. Bayangkan masa tengah gap untuk exam, aku boleh lagi baca novel ni sedangkan Shikin pagi-pagi lagi dah mengadap meja nak study. Dah macam on drugs!

Basically novel ni ceritakan balik tentang obsession Rebecca Bloomwood on shopping (seriously, gile shopping), yang dah pun start pregnant. Menarik and kelakar gila okeh! Especially bila dia dah start gila shopping untuk barang baby. Meanwhile, her obstretician, Venetia Carter yang dah banyak kali deliver celebrities' baby, and quite famous, rupa-rupanya Luke's ex-girlfriend (Luke=Becky's husband).

Bila baca cerita ni, memang dapat bayangkan balik Isla Fisher dalam Confessions of a Shopaholic. Sangat cute dan menggelabah! Luke pulak, OMG so smart (Hugh Dancy)!

(Shikin once told me that it would be better kalau digantikan dengan Anne Hathaway disebabkan style menggelabahnya tu)

So sekarang..tinggal Shopaholic Abroad untuk aku baca. Yang lain tu (Shopaholic Ties The Knot & Shopaholic and Sister)..tunggu dah habis baca yang abroad ni baru boleh beli. Kalau ada duit hohoho.


|| Okay sekarang aku dah ada banyak masa untuk buat macam-macam kan..so bolehlah taip panjang-panjang haha! ||


Share

Saturday, October 17, 2009

Problem in typing (c) ?

Saturday, October 17, 2009 0


Anyway aku just nak share dengan semua orang je problem yang aku selalu kena bila nak guna Microsoft Word.

Pernah encounter tak? Expecially those yang pakai Microsoft Word 2007 (Not sure pasal 2003), masa korang taip '(c)' then tiba-tiba dia akan auto-correct kan words tu jadi symbol © [copyright]. Menyampah kan? Kalau macam orang jenis aku ni..tak suka guna Help function. Aku akan straight google jek. Oleh sebab terlalu jadi sangat benda tu, sampai kan aku kena ubah option dari (c) kepada (iii), so aku google jela.

Dan oleh kerana dah terlalu happy sangat jumpa solution dia, aku nk share dengan korang la. Tu je ha-ha!

1- Click kat button atas kiri sekali.

2- Click Word Option

3- Amik Proofing ---> AutoCorrect Options (atas sekali)

4- Kat bawah tu nanti ade 'Replace text as you type'..So korang remove jela yang simbol untuk © tu..

DONE! Ha-ha!


|| Kesian kan? Dah berzaman guna Microsoft Office, sekarang baru tahu function dia ||



Share

Thursday, October 15, 2009

DRECC, babe!

Thursday, October 15, 2009 0

video

So great! Second last class of Management kitorang diisi dengan sesi menyanyi jek. The chapter is quite boring. Leadership. And I don't know any single damn thing about Leadership. Apa yang logic, tu lah yang masuk dalam kepala ni.

Anyway we were supposed to answer few guestions from Past Semester, but we had to put the answers into lyrics and then kena nyanyi kat depan class. Wasn't it interesting? Kan? Kan?

Daripada class yang boring..diam..just dengar apa yang lecturer cakap..Kalau nak menguap pun kena sorok-sorok (that's what I do)..

BTW lagu yang kitorang gunakan untuk sesi ni ialah Lenka - The Show. (Nobody's do not know this song).


| Thanks to HiHi sebab record video ni dengan Nokia N-Series nya. Ha-ha! |



Share

Tuesday, October 6, 2009

Dalam Klas Tapi Tak Dapat Concentrate

Tuesday, October 6, 2009 0

Benci gila sebab these 3 weeks memang busy memanjang. Test tinggal 1 je lagi. Tu pun nasib baik open-book-test. Sayang Che' Ah! Sape yang tak suka open-book kan?

Even baru seminggu tak balik Melaka tapi da start home-sick. Hohoho. Mintak maap ye Sara..tak dapat nak gi open house ko tu..Next year la k. Hehe.

Woh. Rindu. Rindu kat sume benda. Rasa macam dah terlalu lama belajar. Bila la nak pegi holiday.
.


| napa rapidshare mengada sangat? |

Share

All about Internal Auditing



Wogeh! Oleh kerana dah terlalu muak dengan classes, jadi aku mengarahkan (cewah) Fad lukis-lukis kat tangan aku. Sebab ape? Sebab aku suka la! Suka ade org usik-usik tangan aku (in fact other part of my body oso haha) sebab rasa nak tertido. Oleh kerana Fad pun pantang dapat peluang tunjukkan bakat die yang tak seberapa tu, so masa klas IA tadi aku keluarkan semua pen-pen pelbagai color. Tak cukup dengan tu, (Fad sungguh tamak) die rembat pen Nor sekali.

Owh jarang aku mention pasal Nor kan? Ade kan aku up gambar dia kat sini? eh takde eh? Okay later aku cerita sikit pasal Nor sebab dia klas lain la..so macam susah nak dapat uddate hehe..Orite so ni la hasil seni yang Fad dah buat selama setengah jam la kot aku rasa. Anyway thanks Fad. Cute sangat lukisan ko tu hehe.


| Fad : Leh challenge Shikin nak jadi artist tak bertauliah |



Share

Thursday, October 1, 2009

Failing

Thursday, October 1, 2009 0

Damn.

I failed my Advanced Audit test. Failed yang sangat teruk. Tapi malas nak pikir. Letih dah.

| This is my way of telling you without telling you |



Share

Thursday, September 24, 2009

Sorry Naik Lori La!

Thursday, September 24, 2009 3


It was early last year when I started blogging, and I felt that blogging is a similar thing to having a thick and hard cover diary with pink-ish decoration on it.

Or so I thought.

Was it really have to be some dramatical about your life, what you've been through and what you were up to?

I was once thinking that maybe I was the only one who read my own blog.

Was I?

---and what if there are some people who actually read it?

Until I came into a short question.

Do they bother? Or even worse, do they actually understand it? It's not like how well they understand your feelings, but---do they understand what you delivered?


If I were in someone else's shoes, and then I looked up my blog, I swear that I would never understand what this girl was trying to tell.

Phew. Blogging is complicated. People who only knows you beforehand, like your friends..family..maybe they will understand what you're trying to say.

So what I think is, before you start blogging, you should--- no. you MUST tell the world who you're and all the basic details about your life..including people you meet the most..people you love and hate.. mentioning their names..

Blogging is not a diary. It is a..simple way to tell and express yourself about what you encounter in your daily life, in a way that everyone will understand.


P/S : And I'm so sorry I didn't make it well on my introduction about myself in the first post..


| Please someone, you-know-who-you-are don't ask me anything after reading this. Because I know you will. |

Share

Monday, September 21, 2009

Can You Keep A Secret?

Monday, September 21, 2009 0



Just finished reading this novel by Sophie Kinsella, titled 'Can You Keep A Secret?'.

Yang aku pinjam dari Shikin. Hikhik. Peminjam.

Cerita ni sangat lah best. Selalunya novel² yang aku beli sendiri ni..mesti makan masa bertahun-tahun nak habis baca. Tapi dah sebab pinjam orang punya..aku amik masa dalam sebulan lebih kot..? (Eh yeke Shikin?) Tu pun.. baca malam² before nak tido..masa tengah boring².. Sebab..masa aku banyak dihabiskan untuk tido. Haha.

Storyline dia menarik. Cerita dia pasal Emma, someone yang bagi aku kuat berangan² terutama sekali dalam karier dia, dan mempunyai banyak sangat rahsia (well, who doesn't, rite?). Then one day dia secara tak sengaja ter-blurt out semua rahsia dia tu pada someone yang duduk kat seat sebelah dia dalam flight. So who cares la kan, sebab dia ingat dia takkan jumpa lagi orang tu. Tapi malangnya dia dapat tahu yang mamat tu adalah orang yang amatlah berpengaruh dalam hidup dia.

Banyak benda funny dalam cerita ni. Aku paling suka sebab Sophie Kinsella ni author untuk novel 'Confession of a Shopaholic' yang dijadikan movie tu. Huh. Best².

Okay lah. Dah ngantuk. Away masuk tido dulu.


| Terbayang² Rebecca Bloomwood dalam Confession of a Shopaholic yang sengal itu |

Share

Tuesday, September 15, 2009

Happy Birthday Yaya!

Tuesday, September 15, 2009 0


Phew. Nasib baik lah aku terbaca kat blog kawan aku yang sorang ni (Tuah). Sebab hampir-hampir aku terlambat nak wish Happy Birthday kat dia hari ni.

Anyway..Happy Birthday Yaya! Nanti aku banje ko Teh O Ais wogehhhh!!!

And if u happen to read this, sori bangetttt sebab aku terhilangkan no fon ko..So aku tadapat nak wish ko by sms. Kat sini jadi lah okay!huu..ampunnnnn..!!


| Esok je lagi..nak balik, kena hadap presentation yang menakutkan. Be strong! |

Share

Saturday, September 12, 2009

Mati Suri, anyone?

Saturday, September 12, 2009 2


Just nak share satu cerita indon yang agak seram la bagi aku. Mati Suri. Seriously aku pandang remeh je cerita ni before tengok. Tapi malam Rabu tu aku dengan Shikin tengok dalam pukul 8pm macam tu..Agak menaikkan bulu roma aku jugak la..Aku pantang sikit kalau hantu ala-ala Pocong & Pontianak ni. Nak pulak 2-2 ekor ni ada dalam cerita tu. Bonus la.

Then yang aku tak boleh lupa, masa hari Khamis malam Jumaat hari tu..aku dah tido dalam pukul 12am lebih macam tu. Kononnya sebab esok nya kelas 830am..so kena tido awal.. Aku ingat lagi.. Dalam pukul 2am macam tu aku terjaga sebab aku mimpi seram. Mimpi hantu. Ade pocong & pontianak jugak.

Aku tersedar banyak kali dan bila aku cuba nak tido balik (lepas baca ayat Qursi), mimpi tu macam bersambung balik. Dalam mimpi tu pulak aku tahu yang aku tengah bermimpi, so aku macam "Bangunla Fiza..bangun..".. Aku cuba jugak mengucap dan beristighfar banyak².. Susah sangat aku nak terjaga dari mimpi tu.

At last aku tersedar jugak lepas aku cuba goyang²kan badan aku sebab terlalu susah nak terjaga dari tido. Mulanya aku nak bukak lampu sebab terlalu takut. Serious. Aku terlalu takut sangat². Tapi sebab aku fikir..takut Shikin terjaga lak nanti..Kesian dia..then last choice, aku call Sharul. Complaining apa yang jadi tu dekat dia. Lepas dia da comfort aku sikit..lepas dah bercakap dalam 2minutes camtu, aku bangun pergi basuh muka. Then sambung tido balik.

Tetiba dengar Shikin panggil aku.

" Fiza, teddy bear ko tu janganlah hadap kat aku-- "

Terus aku cakap 'Okay' dan terus tergelak. Aku ada teddy bear la..yang tiap kali masa tido aku akan peluk dia..which muka teddy tu akan menghadap ke Shikin. Aku pernah dengarlah dulu dia pernah cerita history ngeri dia pasal teddy bear. Hehe..So anyway, rupa²nya Shikin pun tak dapat tido malam tu. Dan kebetulan sangatlah, dia pun tengah ada nightmare masa tu. Kelakar sebab dia kata nak bukak lampu, tapi takut aku yang terjaga. Haha. Agak comel la kitorang ni wakaka!

At last kitorang tido dengan lampu terbukak.


| Then aku bersumpah olok-olok yang aku taknak tengok cerita seram dah |

Share

Buah Keranji Yang Pupus



Pernah dengar buah keranji tak?

Okay aku just nk inform yang aku adalah penggila buah keranji yang terdasyat sekali.

"Membazir je beli buah keranji tu. Takat celah gigi je. Bukan kenyang pun."

Aku tak kisah lah kalau satu family aku condemn minat aku yang mendalam terhadap buah tu. Yang penting, ramai tak suke or ramai yang tak pernah makan. So aku leh conquer kalau makan sorang² yayayay!

Yang best nya, mak aku cakap jiran aku ada bagi buah keranji sebesar gajah untuk aku. Sedara dia beli dari Terengganu. Aku memang tahu pun kat Terengganu je yang over jual buah keranji ni.

Plus aku pernah mintak kawan aku dulu beli kan untuk aku dari Thailand. Amik kau. Sekotak besar dia pos kat aku. Sangat best!

Tapi yang makcik jiran aku bagi ni sangat besar! (Mungkin size dia biasa je kat T'ganu. Tapi aku memang jakun). Dia bagi satu plastik. So macam sayang sangat nak makan. Kalau kat pasar boleh dapat dalam RM 2 macam tu kot.

Phew. Anyway. Thanks makcik! Hehe.


| I'll do anything untuk dapatkan buah keranji -yang relevant je- |



Share