Friday, June 26, 2009

MJ died

Friday, June 26, 2009 0




The video tells everything..


| Al-Fatihah |

Share

Thursday, June 25, 2009

Do You Have What It Takes?

Thursday, June 25, 2009 1


Suka baby tak ? Pandai jaga baby tak ? Semua orang suka. Tapi tak semua pandai nak jaga. Termasuk aku. Duh.

So I found this interesting pictures taken from a friend of mine's blog--Pictures that tell us the Do(s) & Don't(s) when taking care of a child.

Somehow they ain't helping me tho, seriously. Bagi pecah perut nak gelak ada la!























So camna? So do you think you have what it takes to handle your newborn baby? Think again haha!


Credit to : piye@blogspot
| Paling penting, suka tengok tangan baby. Cute! |

Share

Cerita hantu! Best!



Okay listen up! Listen up! Pada sape² penggemar cerita seram, ha ni aku nak recommendkan kat korang untuk tengok cerita Thailand yang baru ni- Coming Soon.

" La coming soon ke? "

" Bukan la..tajuk dia 'Coming Soon'.."

" Ish apasal tajuk tak kua² lagi? "

" Haiyaaa..maksud aku, tajuk dia ialah 'Coming Soon'. Bukan tajuk dia belum bubuh lagi.."

" Lorh ape ke pelik tajuk dia--"

Yup. Memang pelik. Aku lepas tengok cerita ni still lagi tak faham kenapa tajuk dia macam tu..sampai la someone terang berhabis-habisan kat aku..baruuuuu la faham. Adoyai. Why so leceh ar..Amik la tajuk lain. Untuk aku yang sedikit bengap ini..Haha.

Cerita ni pasal makcik yang culik budak-budak and then korek mata dia sebab dia rasa mata² tu dia yang punya.Duh.So orang² kampung dapat tangkap dia then gantung dia sampai mati. Cerita tu pn dijadikan sebagai filem.Bila orang dah start tengok kat wayang, since then banyak² la benda² pelik datang. Maksud aku, hantu lah. Masa tu lah banyak scene hantu kua. Haha.

Serious best cerita ni. Bagi aku seram sebab aku penakut. Tadi aku tengok pun banyak halang muka dengan tangan. Haha. Peduli apa aku.

Cerita ni based on Shutter, Phobia dengan Alone. Anyway..kalau rajin download la. Tak rugi tengok. Aku nak taip ni pun asyik pandang² belakang wakaka! Sumpah aku penakut!

| Owh hero dia sungguh handsome! |

Share

Tuesday, June 23, 2009

Hari malang. Yay!

Tuesday, June 23, 2009 3


Aku nak cite sikit betapa malangnya aku hari ni.

Pagi tadi pukul 5am aku sahur sebab nak ganti puasa. Punyala liat aku nak bangun. Then bila sedar je pagi² pukul 8am camtu..aku dah rasa tak sedap badan. Damn it. Confirmed.

" Letih je pzaa bangun sahur! " aku jerit satu rumah sampai Haikal terjaga haha.

Biasanya first day memang aku akan mengalami period pain yang amat sangat. Masa ni apa yang aku perlukan just 7up / Sprite & panadol. Heeee don't be misunderstood ehhh... Aku minum air tu bukan sekali dengan panadol. Panadol tu aku akan makan lepas makan nasi, then terus kena tido. Baru period pain aku akan lega sikit bila bangun. Dengan syarat, mesti TIDO.

Apehal pulak dengan Sprite / 7up? Ni aku dengar cakap member aku cik Sara yang dia selalu minum ni untuk kurangkan period pain. Tapi tak berapa elok kan? Tapi memang betul. Bila da minum beberapa teguk, aku akan rasa okay sikit.

Dah lah dengan tak selesanya..nak kena jaga Haikal pulak tu (sebab ibu aku tengah aja budak mengaji)..then sambil aku nak melelapkan mata sambil buai haikal, aku tertido. Sedar² je ibu aku panggil.

" Ade jiran sebelah tu nak beli arnab. Dia kata nak amik petang ni. Kena kemas kandang dulu la.. "

Dalam hati rasa happy + sedih. Tapi terpaksa sebab aku dah nak start masuk kelas balik..Takde orang nak jaga diorang..

Yang aku sedihnya sebab tak larat sangat, ibu yang tolong kemaskan kandang arnab tu. Orang yang nak beli tu pulak dah datang awal. Tak sempat aku nak tengok diorang for the last time..nak bermanja² la..Agak tension gak harini..

Tapi aku lega sebab at least ada orang leh jaga arnab tu elok²..

| Apesal baby suka lagu Twinkle² Little Star eh?? |

Share

Monday, June 22, 2009

Twilight Saga : New Moon

Monday, June 22, 2009 1



Hip Hip Hooray! Twilight Saga's second book, "New Moon" is going to be released (movie) by the end of this November. Yup. You heard it correct. Lambat, kan ? Masa tu dah lupa dah what actually happened in the first movie. Haha.

By the way I hate Taylor Lautner playing 'Jacob'. Boleh tak dalam New Moon bagi orang lain jadi Jacob? Taylor macam..tah. tengok dia je rasa macam dah taknak tengok Twilight anymore.

But I really hope the upcoming New Moon will be as great as the first one. Will Pattison win Bella's heart back, after suka-suki je letak dia kat tengah² hutan ? Bodohnya Edward. Tak pikir ke yang pelbagai malapetaka si Bella tu boleh kena, lagi teruk dari kalau dia bukan dengan Edward?

Apa²pun, hopefully New Moon jangan melalut sangat ye. Please give us a happy ending. Haha.


| The reason kenapa Edward tak boleh baca apa yang ada dalam otak Bella, sebab Bella takde otak. Hensem mana pun mamat tu, kalau dia vampire, still tak boleh nak diterima akal. Tapi Bella macam decide tak sampai 5 minit.duh. |

Share

Sunday, June 21, 2009

Baby's Day Out

Sunday, June 21, 2009 2


Jumaat (19 June) lepas Along dengan K.Long balik Melaka. Mestilah orang yang paling diorang rindu sekali is Haikal kan..dah 3 minggu tak jumpa.

Eh lupa. Cma pun balik jugak. Hehe..



Semalam kitorang 1 family hangout pergi Tesco sebab nak bawak Haikal jalan² (sebenarnya nak beli barang² asrama untuk Syafiq haha). yang paling excited mesti lah Haikal. Yang bestnya kalau pergi Tesco ni sebab ada troley untuk letak baby. Tak sure pulak tempat lain camna sebab asyik pergi Tesco je hehe. Masa ni tak payahla gaduh² sapa nak pegang Haikal ngeeee..


Ni along aku sempat capture gambar budak ni kat tengah² dunia Tesco tu. Aparaa..Orang tengah busy² nak shopping-mopping dia pergi buat tayangan gambar lak kat situ. Masa ni Haikal still segar-bugar lagi. Mata dia meliar² tengok benda² kat situ.. Ala baby kan.. Pastu kan..jelas betul kesan nyamuk gigit kat tepi hidung dia tu. Haha.


Pictures above were taken about 45 minutes after. Haikal pun dah tido. Troley tu pulak asyik ditolak je. Lagi la dia tido. Nasib baik meragam sekejap je suruh dukung. Aku pulak yang mengada² mengidam Secret Recipe punya Blueberry Cheese punya kek, akhirnya sampai jugak hajat aku tu.

Then kitorang singgah KFC nak beli untuk Syafiq. Malangnya semalam terlupa pulak nak capture moment masa Haikal makan whipped potato dia yang pertama dekat kantin sekolah Syafiq tu. Haha. Tak sure pulak sampai rumah pukul berapa. Tapi lepas tu semua pengsan. Huh..hari yang panjang..


Haikal dah pandai makan durian

» Happy Father's Day! Muah! «

Share

Stimix

Oh pleaseeee can I kick stimix in the ass???? Pleasseeee???? (kalau dia ade ass).

Or else can I stab it in the headddd??? Pleaasseeeee?? (kalau dia ade head oso).

Okay saya dah tak larat melayan karenah stimix yang mengada-ngada poyo lembab.

I shud be in bed.

Esok jela. Tata. Nite.


| Gila |

Share

Thursday, June 18, 2009

Kena tendang

Thursday, June 18, 2009 4


Tak puas hati betul. Baru teringat.

Pagi tadi masa belum bangun dari tido, aku terasa seperti ada orang sepak² (action by kaki hehe) dan tarik² baju aku dari belakang. Aku terdengar sayup² suara ibu cakap.

" Haikal tendang² Mak Ngah ye..tarik baju Mak Ngah..suruh Mak Ngah bangun..dah pukul berapa dah ni..."

Duh. Haikal rupanya.

Ibu aku cerita lepas aku bangun tu. Haikal mengiring ke arah aku. Dia tak nampak sapa² lagi kecuali aku. Malangnya aku membelakangkan dia. Maybe dia nak tarik perhatian dengan buat macam tu.

For me, if it's a baby, it's cute.

But if it's my younger brother yang Form 1 tapi tido lasak itu, kemungkinan besar aku terajang dia balik.


| Nak jadi baby. Sebab baju² baby untuk perempuan semua cute² |

Share

Panas.


I don't think I can stand kids. They're too naughty to be let alive on earth (is that mean?). Kenapa ar? Aku paling tak suka budak² yang tak dengar cakap. Yang bila disuruh diam, keep bising even louder after a few minutes being silent. I don't like kids who speak very loud. Who don't afraid or respect adults at all. Who don't listen to us after all.

This post relates to what I've felt just now. No. What I'm feeling right now. I know that somehow it's to teach me the hard times raising a child or to look after it. But I think my situation is harder. Susahnya nak jaga baby ni, tu satu hal. Bila dia meragam, bila dia menangis, bila dia taknak tido..that's common kan. But the surroundings tu yang problem.

Ibu aku mengajar budak mengaji Al-Quran. 1 day there're 20+ of them. Some will come after Zohor around 150pm while others at night after Maghrib. Boleh tak bayangkan bila aku jaga Haikal sorang²..(now he's 4 months old), aku kena sabar dengan surrounding dekat rumah aku.

Setiap petang dan malam aku akan tidokan dia dalam buai dekat dapur. Pasangla kipas kuat² bagi dia selesa and at least ada jugak bunyi kipas supaya tak senyap sangat. Sebab kalau senyap sangat, nanti bunyi tapak kaki pun dia terkejut nanti. ok that's another story.

Dapur rumah aku pulak satu hal. Ada jam antik arwah nenek aku punya (aku tatau napa kitorang still keep jam tu sebab bagi aku annoying sangat). Why?? Sebab setiap 15 minit jam tu akan berbunyi tau tak?! Kalau macam jam burung keluar berbunyi tu tahan la jugak. Tapi ni jam antik! Tau la kan bunyi dia so scary mannnn!!!!

" Arrrghhh jam ni berbunyi lagikkkkk!!! " tu la yang aku jerit setiap 15 minit.

Panjang lebar pulak tu lagu dia! Dan yang paling tak tahannya, tiap kali berbunyi, haikal akan sedar. Dan masa tu lah aku yang baru nak leka on9 kena jengah² dia.

No 2. The kids. Ye betol. Mereka sangatlah bising tahap gaban kalah dengan raksaksa!!!Sooooo bisinggg!!!There's this time aku tak tahan aku jerit kat diorang.

" Nak kena lempang sorang² baru tahu nak diam??!!! Dah habis mengaji tu balikla!!" Damn teruknya aku. I shouldn't shout at kids like that kan? Bukannya anak aku pun.

But the thing is they never listen! Diorang langsung tak takut pada ibu aku! Lagi diorang bising ada la! So ini la yang menyebabkan haikal sentiasa tak dapat tido yang lena. Sebab budak² tu. Ye btol. Aku nak salahkan diorang.

Problem no 3. Haikal does wake up bila dia dengar bunyi cicak. Kadang²la. Damn sungguh cicak itu. I'm gonna ask my mom pegi beli racun serangga khas untuk cicak yang aku pernah nampak kat pasar malam, yang aku pandang sebelah mata je masa tu.

So guys. Yeah I think I hate kids. Yang dah besar and tak dengar cakapla, kecuali yang that cute-cute. But I love Haikal so much even dia meragam tak tentu pasal. Because I know dia mengada-ngada je tu. Saja nak bermanja-manja. Duh.


| Surely I'm NOT READY to have kids |

Share

Wednesday, June 17, 2009

Kitten, Kitten, Kitten!

Wednesday, June 17, 2009 4


I've never thought I'd like a kitten so much before. Tapi hari ni macam dah membuatkan aku jadi gila sangat kalau tengok anak² kucing yang kiut-miut. Please la! Nak sekor boleh tak?! tapi malas nak bela. Nak main dengan dia je. Lagi pun kalau nak bela tu memang la mustahil sebab arnab yang 2 ekor ni pun pening kepala aku nak handle. Lasak sangat!


Hari ni aku ade pergi satu website yg penuh dengan kitten² yang dia nak jual. Tapi oversea punya. So lagi satu mustahil or teramat leceh la kalau gatal sangat nak beli. Pix yang atas ni kucing Doll-Faced-Persian. Kiut kan?!!! Ya betol! Hen ke ai! Wo yao! Wo yao! Kalau lah boleh culik ni... Yang menarik hati aku bukannya setakat ke-cute-an dia je..Tapi sebab dia manja..berdasarkan permerhatian aku kat video bawah ni hehe:



Cute kannnnnn?????? Nak la sekorrrr....For my birthdayyy, anyoneeee?????


Anyway after my visit to that website, I couldn't fight the urge untuk tengok² other video² kitten dekat situ. Then I found this. You're gonna love it! Cute sangat! Okay let's watch the video together (I myself have watched it more than 10 times!) :



Kannnnn???? Betol takkkk??? Betul² ke ada creature yang cute sangat macam ni? Diorang ni beruntung sangat tau! Sebab cute, ramai yang berebut nak beli nak jaga. Macam aku ni? Tak ada pun yang berebut² haha! Anyway kitten² yang lovely sangat, I promise myself that one day I'm gonna own one for myself! Ok tak. A pair! Okay?!


| My God post aku ni mesti berat gile. Ya ampun! |

Share

Tuesday, June 16, 2009

Malu Dengan Diri Sendiri

Tuesday, June 16, 2009 0


I just wanna share this with you guyz. Masa aku kat Sekolah Menengah (Sek Men Keb Seri Tualang) dulu, kitorang wajib kena hafal Asma Ul Husna (99 Nama Allah). Tiap-tiap pagi kena recite. Macam perhimpunan pendek la. Lepas tu dah lama-lama terhafal pulak. Okay tu cerita dulu.

Cerita sekarang ni pulak..tadi aku tengah nak buaikan Haikal, anak sedara aku. Nak suruh dia tido la apa lagi. Aku pun ikut la cara mak aku nyanyi macam-macam zikir. Tapi dia taknak tido gak. Meragam je. Menangis sampai tak keluar suara. Aku pun teringat lah nak recite je Asma Ul Husna tu ikut melodi lagu asal dia. Tapi yang menyedihkan diri aku sendiri, bila dah sampai kat certain Nama, aku terstuck. Melodi dia aku ingat tapi Nama Allah tu yang aku lupa.

Pergh. Aku rasa macam sia-sia je aku belajar dulu kat sekolah. Aku cakap kat ibu aku pasal ni.

" Memanglah..macam baca Al-Quran jugak..seterror mana pun..kalau dah lama tak practice baca memanglah tergeliat lidah tu.." tegur ibu.

So dengan itu aku bertekad nak baca balik berulang-ulang a.k.a hafal Asma Ul Husna. Untuk member-member dekat Tualang dulu, aku bet 50% dari korang mesti dah lupa jugak macam aku kan? Jom lah kita start balik. Tak rugi pun. Huhu..


| Tu baru Asma Ul Husna. Belum benda lain lagi T_T |

Share

Monday, June 15, 2009

Nak Yang Ni!

Monday, June 15, 2009 0


Boringla. Tak tahu nak post apa. Tapi semalam masa dekat YM, Sharul bagi satu gambar kucing ni. Then dia suruh pilih mana satu yang aku suka.

Photobucket

Semua comel-comel okay! Tak tahu la nak bezakan diorang. Semua look-alike.

Tapi yang paling menambat hati..yg depan color putih tu..mata kuyu je.. Aku pun edit balik gambar tu and bagi balik kat dia. Cute kan, diorang! Tensen! Macam nak gigit je!
Hah?! Apa?! Pilih je ke?! Bukan nak belikan?! Photobucket

Cehhhhh bazir masa aku. Haha.

| Kucing ni aku suka nak bawak main je..Tang nak kemas kandang memang malas! | Photobucket

Share

Sunday, June 14, 2009

Haikal Berjalan-Jalan

Sunday, June 14, 2009 0

Woh hari ni hari yang paling tak best. Cma dengan Syafiq dah nak balik hostel. Bencinya. Tak ada geng nak gaduh.

Nampaknya shift aku pulak la berjalan seperti biasa. Kena jaga Haikal..huaaaaa!!!

PhotobucketPhotobucket

Owh anyway hari ni Haikal cute sangat pakai baju yang aku baru beli semalam. Haikal memang suka jalan-jalan. Pantang nampak orang dah bersiap pakai tudung, dia wat menggelabah bising-bising suruh dukung dia.

Walau bagaimanapun, kesian sungguh aku tengok Haikal. Pakai la cantik-cantik pun, sejauh manapun kitorang pergi, mesti dia kena baring kat seat belakang, tido. Haha. Celik mata je still dalam kereta lagi.

Anyway hari ni ibu drive. Hantar Syafiq dulu kat asrama (Sek Men Keb Bukit Rambai, Melaka). Then baru hantar Cma kat Kolej Uniti, Seremban. Sunyi je kalau diorang tak ada. Even Syafiq tu kerja dia 24/7 Mengadap laptop/PS2.

Phew! Dunia..dunia..

| Dalam jaga Haikal ni, aku still lagi tak reti nak mandikan dia..hehe |
Photobucket

Share

Saturday, June 13, 2009

Hangout Dan Hangout

Saturday, June 13, 2009 0


Oh bestnya hari ni. Rasanya tak tahu untuk kali ke-berapa dah jumpa Tuah dan Sharul. Sharul arrived at Melaka yesterday dari Kedah-Muar. Letih kan? Still he got time nak jumpa aku dengan Tuah.

Kitorang met up dekat Mahkota Parade for a few hours je. Sebab Sharul punya tiket ke Kedah pukul 9pm. So kitorang lepak dekat Coffee Bean je dekat luar tu. Having fries ngan onion rings je [even tadi aku complaint kat Sharul aku lapar sangat to death].

Hari ni tak sempat nak capture apa². By the way aku sempat ambik gambar T-Shirt Selamba.net yang dah sampai. White is pure. Cute. Simple je. The other design yang ada collar tu seems tak best haha.

" Fiza punya size S kan Tuah? "

" Eh tak la. Size M rasanya.."

" Hahhhhh??? "

Malam tu Tuah hantar aku balik rumah dengan kereta ayah dia, then dengan pantas aku terus tengok T-shirt tuh. Pheewww! Just nice. Tak besar tak kecik.

baju Selamba
Yayyy! Ini baju saya! Nampak tak nick Haibara kat atas tu?Photobucket





Owh anyway tadi sempat beli baju untuk Haikal! Looney Tunes punya. Ada discount. Oleh kerana geram baju² tersebut cute sangat, so aku rompak sehelai. Murah je hehe.

(Rasanya dia dah naik bus kot..gonna miss him so much..)

" Sapa? " Tah tak tahu dari celah mana kat otak aku ni tanya. Haha

" Sibuk jela! "


| Letih tapi happy! |

Share