Sunday, November 23, 2008

Exam Abes Yayy!

Sunday, November 23, 2008 0

Finally!

Abes jugak Final Exam yay! Cepat! I need entertainment! Nak tido! Nak on9! Waaa nak buat semua sekali! [kononnya nak balas dendam]

Letih letih letih..phew! Petang semalam baru sampai Melaka.. Akhirnya dapat tido dengan sepuas-puasnya..makan sepuas-puasny---oops! PTPTN dah habis so kena bajet-bajet mkan). Okay bukan makan sepuas-puasnya, tapi makan ala kadar..dan on9 sepuas2nya!!!!!!!

The last paper was Accounting Information System really sucks. I didn't do well..banyak goreng-goreng jek..siap letak Ajinomoto lagi tau kawan²! Harap² Puan Intan tertipu dengan goreng-an itu haha.

Habis paper jek jumpa Fariz..huhu..sebaikla dapat release tension sikit..nak jumpa Anairda tapi malu..haha..

1 December ni start practical pulak..adoii...Kenapa perlu kerja?!!!

" Sebab nak carik duit la ngekkkk.. ", my other side said.

Owh okay. Tapi lecturer aku cakap masa practical, we seek experience. Baru la betul!

Apa ni. Nak tido la. Janganla kacau.


| Rindu! |

Share

Saturday, November 15, 2008

Kelegaan Yang Tak Terhingga

Saturday, November 15, 2008 0


Fuhh! Finally result exam dah keluar.

( Mesti korang tanya " Dapat apa? " ) Soalan paling common sedunia.

Alhamdulillah aku lega sangat sebab walaupun tak dapat Dean's List, tapi betul-betul happy bila pointer lepas 3.0..Last 2 semester tak cecah 3.0 pun untuk GPA/CGPA.

Result kali ni dapat 2A je dari 7 subjects. Mandarin dengan English. Others dapat B+/B.

Tak kisahla poyo ke apa..Tapi Tuhan je tahu betapa leganya aku haha.

Anyway congratulations untuk member-member yang dapat results yang boleh dikatakan cemerlang. Aku pun tak tahu sapa haha.


| Bila da dapat 3.++ boleh pulak frust tak dapat DL. Manusia memang susah nak puas hati dengan apa yang dia ada kan?? |

Share

Wednesday, November 5, 2008

Sara Dan Beruk?!

Wednesday, November 5, 2008 0


Kejadian yang sangat kecoh dan menggemparkan kitorang masa petang weekend kat Apartment Baiduri. Sara kena serang dengan beruk!!!

" Eh macam tak percaya je. Betul ke ni? Sara yang brutal kena serang dengan beruk? "

" Lorh betul la..beruk tu lagi brutal la! "

Ya betol! Beruk tu tah macam mana boleh masuk dalam rumah kitorang yang setinggi 9 tingkat ini! Gila terror dia panjat! Memang dasar beruk betul!

Benda ni jadi masa Sara nak pergi basuh baju kat tempat ampaian baju. Eh silap. Sara nk pergi masuk baju dalam machine. So bukan Sara basuh baju di sini, tapi washing machine tu yang tolong basuhkan baju dia. Err.. apa aku cakap ni.

Bilik ampaian baju rumah kat sini semua berhadapan dengan luar corridor tempat orang lalu-lalang tu. Tapi antara corridor dengan bilik ampaian tu ade gap, means gap yg bila korang baling handphone ke bawah, terus jatuh ke ground floor dengan bangganya. Dinding bilik tu pulak ade lubang-lubang separa besar. Kat atas tu hanya cover dengan palang grill. So kitorang syak beruk tu masuk ikut celah-celah tu.

Masa Sara nak bukak pintu bilik ampaian tu la dia ternampak seekor beruk tengah bergayut dengan megahnya kat atas tali ampaian kitorang. Sara oleh kerana terlalu terkejut (dan secara tidak sengaja mengejutkan beruk tu jugak), dia pun mendengus then nak cakar Sara.

Ye btol tekaan anda. Sara lari lintang-pukang. Hehe. Masa tu Shikin tengah tido dengan lenanya. Aku pulak baru je nak tido, tapi tetiba dengar bunyi yang sangat kuat!

" Fizaaaaaaa!!!!!!!!!"

Dum! Dum! Dum! Dum! Dum! Bunyi tapak kaki yang sangat kuat ibarat lari pecut 100m.

Dum!!! lagi. Tapi kali ni lain sikit bunyi dia.

Tak lama lepas tu Sara dah terpacak kat dalam bilik then terus tutup pintu dengan kuat. Aku nampak ada darah kat dahi Sara. Aku dekat dengan dia. Teliti lagi.

" Dalamnya luka kau!!!! " Aku jerit.

" Hahhh??!!! Yeke?!! " Sara pegang luka dia dengan tangan.

" Aku nampak beruk dalam bilik ampaian tadi! Besar gila! Sikit lagi dia nak cakar aku!! "

Shikin yang dah sampai Paris tadi terus terjaga dan panik. Sebab dia tak boleh tengok or dengar 'DARAH'. Hehe. Then sementara Sara lap luka dia dengan tisu, dia call Baiduri punya office. Asking for help la kan. Mintak tangkap beruk tu. Possible kalau dia dah menggeledah rumah kitorang masa tu.

Yang kitorang bengangnya, lama gila kitorang tunggu tapi takda dengar anything. Macam diorang tak datang pun? Or tak amik tindakan pun! Sara tak puas hati. Call lagi sekali. Rupa² orang tu dah hantar Security Guard suruh tengok²kan rumah kitorang. Boleh tak lepas tu Security Guard tu blah macam tu je?! Bukannye nak ketuk pintu rumah! At least bagitahu la or kalau malas jerit je dari luar " Beruk dah blah! " Benyek la diorang ni.

Petang tu Sara mintak tolong Noor hantarkan dia pergi Klinik UiTM. Kitorang pun ikut. Sian Sara. Kena bape jahitan tak ingat dah. 5 kot. Nanti aku tanya dia balik. Haha. Lama jugak lah nak tunggu luka dia tu elok. Sebab dalam la bagi aku. Nampak berlubang. Gile ar.
Anyway..apa yang paling aku tak puas hati, apa gunanya Security Guard tu? Takat 'Sweet Sweet' kat perempuan² yang lalu-lalang kat situ? Serius la korang memang lagi buat menyemak kat situ. Aku rasa geram sangat bila dia blah terus macam tu je.


| Sara pulak nampak lebih brutal lepas tu dengan adanya plaster kat dahi. Hehe |

Share

Tuesday, October 28, 2008

Secret Recipe - So Not Secret!

Tuesday, October 28, 2008 0


So hari ni secara senyapnya aku dengan Sara planned nak give Shikin a treat untuk birhday dia. Yup! Hari ni Shikin dah 23 tahun. Dah tua dah makcik! Kitorang, Noor, Fad dengan Yana semua ada. Tapi kitorang just cakap nak makan lua la..tu je.



Anyway kitorang pergi makan kat Secret Recipe. Aku pun dah lupa makan apa masa tu. Tapi gaya nak belanja Shikin macam la dasyat sangat. Padahal belanja cake je. Haha. 2 slice je lak tu! Wakaka! Siap kitorang suruh brother tu letak lilin and decorate cake tu tulis " Happy Birthday Onni " Haha. Kalau korang tengok cerita Ezora kat TV3 dulu, mesti korang kenal Onni. Nenek tua yang samseng dan suka bunuh orang.

Tak tahu la napa kitorang panggil dia Onni. Tapi yang kelakarnya setiap kitorang ada nama masing-masing. Macam aku Ezora (Fazura. pheewett!) then Sara is Liya (Dynaz). Nak muntah tak? Haha.

Anyway.. Happy Birthday Shikin!Ni video yg sempat direcord oleh aku.



| Banyak pix hilang tak sempat nak bekap. Nanti aku up lagi |

Share

Tuesday, August 19, 2008

Panjat Genting Highland

Tuesday, August 19, 2008 0


Hoho! Yesterday was sooooo fun!!!! Aku, Sara, Shikin n *Along bersuka-ria seperti orang terencat dah akal di Genting Highland.

Kitorang bertolak pagi-pagi around 9am [takda la pagi sangat pun] dengan kereta Sara ke KL. Then dari sana kitorang ambik cab straight away ke Genting.

On the way dalam cab tu sempat kami makan-makan kat seat belakang. Ala..alas perut la katakan.. Aku just makan Rocky je. Ala..biskut Rocky yang famous tu.. Aku suka yang strawberry. Yang coklat memang tak pernah makan sebab aku tak makan coklat, dan secara jujurnya aku belum jumpa lagi yang color biru. Ada ke kat M'sia ar? Tak sure la pulak. Tapi kalau ada pun memang aku takkan beli sebab aku tak suka susu. Leceh kan aku ni ?



[ Gambar kiri : Sara [baju hitam] & Shikin ]
[ Gambar kanan : Me & Shikin ]

On the way nak naik ke puncak Genting naik cable car ni memang frust sangat bagi aku. Sebab sebelum tu hujan. Banyak kabus je. So tak nampak la view kat bawah tu.. Masa ni sempat gak kitorang berposing-sakan kat dalam tu.




[ Gambar : Along yang pegang plastic bag berisi sandal tu haha! ]



Aktiviti bergambar tak berjalan lancar. Sebab kabus tebal gila. Bad timing la. Boleh pulak dia nak hujan time tu..Hishh.. So kalau ambik gambar pun tak berapa clear. So dapat capture beberapa gambar je. Posing semua poyo-poyo. Ala poyo pun tak kisah..Bukan kacau orang pun. Haha. Tapi kalau tak poyo so tak seronok la kan? Haha.




Yang tak bestnya kan, bila main semua benda alah ni, tudung mesti serabai gila. Tapi aku tengok kat sana semua tudung orang lain pun macam serabut je..tak kisahlah. Hmm oleh kerana cuaca kat sana tak berapa elok masa tu, maklumlah baru lepas hujan..so semua mainan outdoor tak dibenarkan main lagi..Maybe untuk keselamatan agaknya.

Dengan boringnya kitorang main jela apa-apa yang ada kat dalam tu. Dah beratur gila panjang nak main bumper car, last-last tak jadi sebab macam boring jek. Yang aku ingat lagi, kitorang sempat masuk Motion Master Theater. Ramai gila beratur. Frust sangat sebab ingatkan kitorang tak dapat main outdoor games. Bas yang disediakan untuk kitorang pulak pukul 630pm. So nak tak nak kena turun around 6pm. Tapi akhirnya kami dapat jugak main..mesti lah..takkan lah diorang nak tutup sampai petang kot..mengamuk la orang..


Tapi yang aku tak boleh lupa gila-gila bila naik Space Shot. Ya Allah..tengok dari bawah rasa macam boleh handle je..Tapi bila da sampai kat atas sekali tu,tetiba menatang tu berenti. Memang gayat gila! Aku memang serius bertawakkal je masa tu. Tetiba dia turun laju secara mengejut. Apa lagi menjerit sakanla kitorang. Shikin kat sebelah aku masa tu. First time aku dengar dia menjerit bagai orang nak terberanak. Bila turun je, diorang serius gelakkan aku sebab tudung aku hancus habis.

" Weyh Fiza! Serius muka kau sekarang macam orang baru lepas kena rogol! " Cakap Sara.

Gila la! Aku memang tak kisah dah tudung aku masa tu. Yang penting semua nak terkencing lepas tu. Aku ngan Shikin pulak sibuk nak pegi toilet repair tudung. Ha kat sini memang bonus la bagi orang yang free hair. Tak tahu la kalau ade chance lagi pergi Genting, aku nak naik atau tak Space Shot tu. Pergh fikir 4-5kali.



So around 6pm kitorang bergerak turun nak balik. Nasib baiklah masa ni kabus tak berapa tebal sangat. Then boleh la nampak view kat bawah tu. Sempat jugak aku capture sikit gambar-gambar untuk kenangan diri sendiri. Haha. Akhirnya aku nampakla Rafflesia secara live. Haha jakun tak? Sedihnya nak balik dah..Semua muka keletihan tapi masih cergas untuk berposing! Maklumlah masing-masing camera whore! Wakaka! Yang tak boleh blahnya, semua pegang botol air. Macam kanak-kanak pegi rombongan sekolah je. Hihi.


Okay finally ni masa tengah boring² tunggu bus lama sangat. Mata dah kuyu dah ngantuk gilos!

" Eh kenapa kau sorang je pakai jam?! " Tanya Shikin seperti tak puas hati haha.

" Lorh sebab aku pakai jam tangan kiri la ceh! "

" Oh yeke..Hehe comel.."

Tak tahu la..Memang kitorang akan macam tu..Kadang² benda yang takde kaitan pun akan disebut comel. Fuh! Dah tak ingat sampai rumah pukul berapa sebab malam tu kitorang singgah Pizza Hut tak silap aku. Sampai je rumah semua terbongkang!

* Along = coursemate kitorang masa Diploma kat Melaka dulu. Kira kamceng la. Tapi dia terus kerja lepas grad. Woh dah kaya lah along sekarang neh!


| Jom pergi Bali pulak yayyy!! |


Share