Saturday, January 3, 2009

My NĂ¼ Guitar!

Saturday, January 3, 2009 0





Owh dengan berbesar hatinya aku nak cerita bahawa aku dah beli guitar baru yay! Siap beli Capo sekali! (Kaler biru tu) Duhh

Okay ni lah guitar baru aku.. yang color merah tu.. yang lama yang coklat tuh. (Yang coklat punya tali da rongak sebab aku tukar dengan yang baru haha)


Bukannya tak sayang dengan gitar lama.. Tapi guitar lama tu macam dah..err let's say dah terlalu lama. Niat hati nak simpan guitar lama tu buat kenangan..

Sebab guitar lama tu arwah ayah belikan untuk aku when I was..err..Sekolah Menengah rasanya.. Tak ingat lah.

" Membazir je kau ni! ". Cma cakap.

" Nak simpan buat kenangan la..simpan elok².. "

" Eleh..alasan.."

Menyibuk jek adik aku nih!


| Bila balik baru perasan size dia lebih kurang je. Rasa macam nak pulangkan balik je! |

Share

Monday, December 1, 2008

First Day Training

Monday, December 1, 2008 0

Okay.

So my practical training started today. And I arrived at office late. For 1 hour. Damn.

My boss kata dulu masa interview, office hour starts at 9am. But then bila dah sampai dia kata I was late. Supposed to be 8.30am. Hello?! Aku bukan pekak okay! Please la..it's always our fault when upper-level makes mistakes.

It sucked! Aku sorang je Malay kat situ. Others are Chinese. Fortunately my boss sangat lah friendly.

It is a small audit firm named 'Choo & Associates'. So we only have 1 staff, 1 manager, 1 trainee (that's me!) and the Boss. Yeah. Only four of us.

The first day was really full of tension. I do a lot of administrative works. Photostating, faxing, posting, stamping here and there, preparing bank confirmation letter and so so.But I really think that doing administrative works are fun.

Okay lupa pulak. Shiau Hui is an audit staff, Ms Chong is the Manager and Mr Choo of course is the Boss.

[ Did i mention that my boss is really cute?! Yeah he is! ]

Our associates, 'EW & Associates' (upper floor) is doing Tax and Secretary job. They're Siu Fen, Wei Ting and Esther (the Boss). The staffs are damn pretty.

Aku nak sangat dapat buat training dekat 'Abd Halim & Co'..dekat je dengan our firm. It's different. Somehow mesti ada rasa tersisih jugak kalau kerja dekat sini.

" Ala...first day memanglah macam tu..", a friend of mine said.

But still. The first day ni rasa lama sangat. Macam 10 jam je kerja.

I really wanted to go home even it was only 10 am.


| balik-balik kerja je terus demam. mengada betul |

Share

Sunday, November 23, 2008

Exam Abes Yayy!

Sunday, November 23, 2008 0

Finally!

Abes jugak Final Exam yay! Cepat! I need entertainment! Nak tido! Nak on9! Waaa nak buat semua sekali! [kononnya nak balas dendam]

Letih letih letih..phew! Petang semalam baru sampai Melaka.. Akhirnya dapat tido dengan sepuas-puasnya..makan sepuas-puasny---oops! PTPTN dah habis so kena bajet-bajet mkan). Okay bukan makan sepuas-puasnya, tapi makan ala kadar..dan on9 sepuas2nya!!!!!!!

The last paper was Accounting Information System really sucks. I didn't do well..banyak goreng-goreng jek..siap letak Ajinomoto lagi tau kawan²! Harap² Puan Intan tertipu dengan goreng-an itu haha.

Habis paper jek jumpa Fariz..huhu..sebaikla dapat release tension sikit..nak jumpa Anairda tapi malu..haha..

1 December ni start practical pulak..adoii...Kenapa perlu kerja?!!!

" Sebab nak carik duit la ngekkkk.. ", my other side said.

Owh okay. Tapi lecturer aku cakap masa practical, we seek experience. Baru la betul!

Apa ni. Nak tido la. Janganla kacau.


| Rindu! |

Share

Saturday, November 15, 2008

Kelegaan Yang Tak Terhingga

Saturday, November 15, 2008 0


Fuhh! Finally result exam dah keluar.

( Mesti korang tanya " Dapat apa? " ) Soalan paling common sedunia.

Alhamdulillah aku lega sangat sebab walaupun tak dapat Dean's List, tapi betul-betul happy bila pointer lepas 3.0..Last 2 semester tak cecah 3.0 pun untuk GPA/CGPA.

Result kali ni dapat 2A je dari 7 subjects. Mandarin dengan English. Others dapat B+/B.

Tak kisahla poyo ke apa..Tapi Tuhan je tahu betapa leganya aku haha.

Anyway congratulations untuk member-member yang dapat results yang boleh dikatakan cemerlang. Aku pun tak tahu sapa haha.


| Bila da dapat 3.++ boleh pulak frust tak dapat DL. Manusia memang susah nak puas hati dengan apa yang dia ada kan?? |

Share

Wednesday, November 5, 2008

Sara Dan Beruk?!

Wednesday, November 5, 2008 0


Kejadian yang sangat kecoh dan menggemparkan kitorang masa petang weekend kat Apartment Baiduri. Sara kena serang dengan beruk!!!

" Eh macam tak percaya je. Betul ke ni? Sara yang brutal kena serang dengan beruk? "

" Lorh betul la..beruk tu lagi brutal la! "

Ya betol! Beruk tu tah macam mana boleh masuk dalam rumah kitorang yang setinggi 9 tingkat ini! Gila terror dia panjat! Memang dasar beruk betul!

Benda ni jadi masa Sara nak pergi basuh baju kat tempat ampaian baju. Eh silap. Sara nk pergi masuk baju dalam machine. So bukan Sara basuh baju di sini, tapi washing machine tu yang tolong basuhkan baju dia. Err.. apa aku cakap ni.

Bilik ampaian baju rumah kat sini semua berhadapan dengan luar corridor tempat orang lalu-lalang tu. Tapi antara corridor dengan bilik ampaian tu ade gap, means gap yg bila korang baling handphone ke bawah, terus jatuh ke ground floor dengan bangganya. Dinding bilik tu pulak ade lubang-lubang separa besar. Kat atas tu hanya cover dengan palang grill. So kitorang syak beruk tu masuk ikut celah-celah tu.

Masa Sara nak bukak pintu bilik ampaian tu la dia ternampak seekor beruk tengah bergayut dengan megahnya kat atas tali ampaian kitorang. Sara oleh kerana terlalu terkejut (dan secara tidak sengaja mengejutkan beruk tu jugak), dia pun mendengus then nak cakar Sara.

Ye btol tekaan anda. Sara lari lintang-pukang. Hehe. Masa tu Shikin tengah tido dengan lenanya. Aku pulak baru je nak tido, tapi tetiba dengar bunyi yang sangat kuat!

" Fizaaaaaaa!!!!!!!!!"

Dum! Dum! Dum! Dum! Dum! Bunyi tapak kaki yang sangat kuat ibarat lari pecut 100m.

Dum!!! lagi. Tapi kali ni lain sikit bunyi dia.

Tak lama lepas tu Sara dah terpacak kat dalam bilik then terus tutup pintu dengan kuat. Aku nampak ada darah kat dahi Sara. Aku dekat dengan dia. Teliti lagi.

" Dalamnya luka kau!!!! " Aku jerit.

" Hahhh??!!! Yeke?!! " Sara pegang luka dia dengan tangan.

" Aku nampak beruk dalam bilik ampaian tadi! Besar gila! Sikit lagi dia nak cakar aku!! "

Shikin yang dah sampai Paris tadi terus terjaga dan panik. Sebab dia tak boleh tengok or dengar 'DARAH'. Hehe. Then sementara Sara lap luka dia dengan tisu, dia call Baiduri punya office. Asking for help la kan. Mintak tangkap beruk tu. Possible kalau dia dah menggeledah rumah kitorang masa tu.

Yang kitorang bengangnya, lama gila kitorang tunggu tapi takda dengar anything. Macam diorang tak datang pun? Or tak amik tindakan pun! Sara tak puas hati. Call lagi sekali. Rupa² orang tu dah hantar Security Guard suruh tengok²kan rumah kitorang. Boleh tak lepas tu Security Guard tu blah macam tu je?! Bukannye nak ketuk pintu rumah! At least bagitahu la or kalau malas jerit je dari luar " Beruk dah blah! " Benyek la diorang ni.

Petang tu Sara mintak tolong Noor hantarkan dia pergi Klinik UiTM. Kitorang pun ikut. Sian Sara. Kena bape jahitan tak ingat dah. 5 kot. Nanti aku tanya dia balik. Haha. Lama jugak lah nak tunggu luka dia tu elok. Sebab dalam la bagi aku. Nampak berlubang. Gile ar.
Anyway..apa yang paling aku tak puas hati, apa gunanya Security Guard tu? Takat 'Sweet Sweet' kat perempuan² yang lalu-lalang kat situ? Serius la korang memang lagi buat menyemak kat situ. Aku rasa geram sangat bila dia blah terus macam tu je.


| Sara pulak nampak lebih brutal lepas tu dengan adanya plaster kat dahi. Hehe |

Share