Dear friends...
Just a few words...
Tak payah la kau cakap kau benci backstabbers sedangkan kau sendiri yang buat aku nak muntah dengan perangai kau yang tak reti nak jaga hati kawan-kawan kau.
Tak payah la nak cakap yang kau appreciate our friendship ni padahal on some things kau biarkan aku rasa macam aku ni kat bawah tapak kaki kau je.
Don't say it is secret for some things padahal kau dengan rilex nye bercerita kat orang lain. Just don't share it with me and tapayah nak buat aku berteka-teki kat sini, macam lah aku kisah sangat apa yang kau nak cerita tu. I don't give a damn okay!
Tak payah lah nak tunjuk kan life kau tu miserable sedangkan aku tahu yours is almost perfect more than anyone else i know. Please lar!
| Almost 10 years. But it's like I just met you yesterday |
Tuesday, September 8, 2009
Kawan Ke Kau ?
Sunday, September 6, 2009
Cupcakes For Him
Tade mood nak update blog. Eh bukan tade mood. Tapi macam takde benda nak cerita haha. Cuma last Thursday aku dah dapat cupcakes yang aku order dari kawan lama. Hehe. Sangat kiut. Cupcakes ni aku order khas untuk someone yang aku tak sempat dan tak berkesempatan nak sambut birthday dia hihi..


Design cake ni aku carik sendiri kat internet, then aku mintak kat Kak Aina (orang yang buat cake ni) tolong design sebijik-sebijik ikut design yang aku bagi tu haha. Mesti agak leceh. Cost untuk cupcakes + delivery ni semua RM 80. Okay la kan.
Anyway thanks to her sebab sanggup travel dari putrajaya ke Shah Alam nak hantar cupcakes ni. Thanks again!
| Rasa macam nak frame kan je |
Share
Wednesday, September 2, 2009
Lama Lagi Ke Nak Hari Jumaat?
Rasanya baru semalam sampai Shah Alam. Tapi dah start rindu rumah. Rindu Haikal yang kat Pahang. Rindu orang yang tersayang jugak haha XD
Jumaat ni dah nak balik Melaka semula. Adoyai..Cepatlah masa berlalu. Tak sabar jugak nak tunggu hari Khamis sebab dapat jumpa Kak Aina yay!
Sebenarnya tak larat dah ni nak siapkan PBL AIS..sebab tu la update benda yang tah pape ni..
(Padahal dari tadi main Facebook).
Mission untuk malam ni : Tengok movie ngan Shikin harharhar! Eh tak jadi. Sok ade quiz. Dem
Tuesday, September 1, 2009
Kenapa Tak Sedap Hati Eh?
Hari ni rasa tak best langsung. Sebab rasa lain macam je nak balik Shah Alam.
Adakah aku akan ketinggalan bus?
Tak logic..Sebab bus pukul 430pm..so aku bertolak dari rumah sejam awal..sampai Melaka Sentral dalam pukul 4pm..Phew.Abeskan masa dengan baca Sinchan..
Atau pun aku dah berdebar-debar sebab tadi Shikin message aku, Puan Raenah yang ajar kelas Accounting Theory pagi tadi, check nama student yang tak datang.
Pergh. I'm a deat meat.
Takpa..Dah nak raya dah..err..
| Yay jumaat ni balik lagi yay! |
Monday, August 31, 2009
Jatuh Kat Escalator, Kena Langgar Troley Lagi
Okay. I know that I'm a lil stupid. Tapi aku bukan idiot okay.
Hari ni jadi satu benda yang pelik sangat bagi aku. Last week aku beli 2 tickets balik ke Shah Alam & Melaka. Balik Melaka (Sabtu, 29th Aug, 1230pm) & balik Melaka (today, 31th Aug, 430pm).
Memang dah jadi kebiasaan aku kalau dah beli ticket, aku akan check kesahihan ticket tu,wah! Hehe..
Hari ni ikut plan, family aku nak pergi Mahkota Parade dulu, nak teman Syima pergi redeem hadiah birthday dia dari Tropicana Life. Lepas tu terus hantar aku pergi Melaka Sentral nak balik Shah Alam. Tapi masa on the way nak pergi Mahkota tadi, aku terasa macam nak check tiket aku sekali lagi.
Macam nak ketawa.
Yup! Tiket aku stated 1230pm. Bukan 430pm. Speechless dalam kereta. Sementara ibu membebel².
Aku tak pernah rasa betul² macam mana malang memang tak berbau tu. Means, aku dah prevent malang tu dari berlaku, aku dah check ticket tu dulu, tapi macam mana kalau malang tu nak ikut aku jugak?
Ticket aku balik Shah Alam lepas aku check dalam kereta tadi, stated 1230pm. Bukan 430pm.
Damn.
Aku yakin lepas aku beli tickets tu, aku ada nampak time 1230pm & 430pm. Serious.
Or else..mungkin time betul..tapi location dia salah. Maybe destination pergi Melaka yang orang tu terletak 430pm. Mungkin masa aku naik bus Sabtu hari tu, driver tu just koyakkan ticket aku tanpa periksa betul² yang ticket tu stated 430pm, bukan 1230pm yang sepatutnya.
Atau aku yang dah gila?
Yang penting, aku terpaksa skip kelas esok. Aku dah beli ticket untuk besok pukul 430pm sebab pagi dan tengah hari dah habis.
Bad hair day kan?
| Patutla rasa macam lain je masa nak naik kereta tu.. |