Friday, May 29, 2009

Berakhirnya Practical Training

Friday, May 29, 2009 0

Whoaaa akhirnya habis gak training aku. Rasa lega sangat. Tak macam biasa..hari ni aku tak bawak bekal pergi office sebab Mr Choo dah mention awal-awal semalam dia nak belanja Pizza Hut. The most thing I loved sebab tak payah pergi sana. Delivery je. Sebab semua malas. Haha.

Then kitorang semua sempat lagi posing-posing ambik gambar. Kononnya nak buat kenangan la. At first aku memang nak bawak camera..Tapi terlupa. Sebaik Shiau Hui yang bawak. Yang sedihnya, dia kata Memory Card holder dia hilang..so tak tahu la bila dia dapat transfer kat laptop dia and nak e-mail kat aku gambar-gambar tu.

[ Thanks a lot ye Shiau Hui, Ms Chong and Mr Choo! Made me feel like I'm apart of your family ]


PhotobucketPhotobucket

Haikal pulak dah 3 bulan! Sangat comel! Dah pandai mengada-mengada. Dah pandai nak berjalan je kerja.

Malam tu pulak along dan kak long balik dari Putrajaya. Dah seminggu la diorang tak jumpa Haikal since Haikal sekarang dah duduk dengan kitorang kat Melaka. Ibu yang nak jaga sangat.

" Kalau hantar kat babysitter kat Putrajaya tu mesti mahal--", complaint ibu

" Maksudnya ibu nak jaga Haikal ke? Haha ", usik along. Photobucket

Hehe comelnya ibu bagi hint.

Kelakar sangat malam tu sebab Haikal dah pandai ketawa mengekek. Sempat Cma capture video ni.. Enjoy it!



| Nak tido puas-puas 15 jam sehari. Boleh tak? |Photobucket

Share

Sunday, May 3, 2009

Maira Yang Setahun!

Sunday, May 3, 2009 0



Aku rasa aku belum pernah mention lagi yang aku ada anak jiran sebelah rumah aku yang teramat lah kiut-miut! Nama dia Humairah Darwisyah (sp?). Kitorang panggil Maira je. Mak dia (Kak Yani) orang Kelantan tak silap aku. Bapak dia (Abg K-rol) pulak orang Perak.

Selalu la aku dengar dia menangis..ketawa..menjerit..macam-macamla! Yang paling tak tahan and best sangat kalau time dia ketawa. Sebijik macam bapak dia. Macam ketawa orang besar tau tak? Hahahaha! Ha macam tu la.Haha.

Okay apa yang aku nak cerita sebenarnya hari ni genap setahun Maira menangis..ketawa..menjerit..makan..minum..hehe. Parents dia buat jamuan kecil-kecilan untuk celebrate birthday si kenit ni. Hanya aku dan family aku je yang menyibuk dalam jamuan diorang tu haha.


Maira yang berpakaian serba pink sangat budget bahawa dia lah yang paling cute! Aku tak kelihatan dalam gambar sebab aku yang mengambil gambar. Haha. Yang belakang tu Kak Long and Along aku. Yang pegang Maira tu bapak dia. Duh. Kelihatan Maira sangat jakun melihat lilin dan api. Kesian...

Ni pulak aku tercandid ketika Maira membuat muka pelik apabila melihat Kak Long aku yang over haha! Masa ni dah habis tiup lilin. Oh terror tau Maira tiup! Kekuatan yang luar biasa! Kelihatan jugak muka Kak Long seperti tengah risau and kecik hati. Haha! (Ya Ampun K.Long!)


Okay ni masa sesi memotong kek. Aku rasa Cma mesti dalam hati dah tak sabar nak ambik pinggan kertas tu tapi dia segan. Sebab dia hantu kek! Hehe. Lupa pulak. Yang sebelah Maira tu mak dia. Duh memanglah. Takkan ibu aku kot.

Anyway aku lupa nak capture gambar Maira bukak hadiah. Aku dengan ibu share duit beli set meja dan kerusi untuk kanak-kanak riang yang sangat colorful. Cma pulak belikan teddy bear untuk dia. Kelakar bila tengok budak-budak bukak hadiah. Kerana mereka sangat jujur! Bila dah bukak hadiah Cma nampak teddy dia happy sangat! Tapi bile dah bukak hadiah set meja & kerusi tu, terus terlepas teddy bear di tangan! Haha!

" Jangan lepas ni bapak dia pergi guna pulak meja ni nak letak laptop dia, sudah", gurau ibu.

" Pergh! Memang benda tu yang saya dok fikir dari tadi haha! " Abg K-rol dari tadi record sesi Maira bukak hadiah. Dari riak muka dan sengih-an dia tu aku agak dah mesti ada idea jahat neh. Wakaka.

Okay lah. Dah tak reti nak cot-cet apa lagi. Tunggu la idea aku datang lg. Hehe. Bye!

| Tak sabar nak tunggu Haikal setahun |

Share