Sunday, May 3, 2009

Maira Yang Setahun!

Sunday, May 3, 2009



Aku rasa aku belum pernah mention lagi yang aku ada anak jiran sebelah rumah aku yang teramat lah kiut-miut! Nama dia Humairah Darwisyah (sp?). Kitorang panggil Maira je. Mak dia (Kak Yani) orang Kelantan tak silap aku. Bapak dia (Abg K-rol) pulak orang Perak.

Selalu la aku dengar dia menangis..ketawa..menjerit..macam-macamla! Yang paling tak tahan and best sangat kalau time dia ketawa. Sebijik macam bapak dia. Macam ketawa orang besar tau tak? Hahahaha! Ha macam tu la.Haha.

Okay apa yang aku nak cerita sebenarnya hari ni genap setahun Maira menangis..ketawa..menjerit..makan..minum..hehe. Parents dia buat jamuan kecil-kecilan untuk celebrate birthday si kenit ni. Hanya aku dan family aku je yang menyibuk dalam jamuan diorang tu haha.


Maira yang berpakaian serba pink sangat budget bahawa dia lah yang paling cute! Aku tak kelihatan dalam gambar sebab aku yang mengambil gambar. Haha. Yang belakang tu Kak Long and Along aku. Yang pegang Maira tu bapak dia. Duh. Kelihatan Maira sangat jakun melihat lilin dan api. Kesian...

Ni pulak aku tercandid ketika Maira membuat muka pelik apabila melihat Kak Long aku yang over haha! Masa ni dah habis tiup lilin. Oh terror tau Maira tiup! Kekuatan yang luar biasa! Kelihatan jugak muka Kak Long seperti tengah risau and kecik hati. Haha! (Ya Ampun K.Long!)


Okay ni masa sesi memotong kek. Aku rasa Cma mesti dalam hati dah tak sabar nak ambik pinggan kertas tu tapi dia segan. Sebab dia hantu kek! Hehe. Lupa pulak. Yang sebelah Maira tu mak dia. Duh memanglah. Takkan ibu aku kot.

Anyway aku lupa nak capture gambar Maira bukak hadiah. Aku dengan ibu share duit beli set meja dan kerusi untuk kanak-kanak riang yang sangat colorful. Cma pulak belikan teddy bear untuk dia. Kelakar bila tengok budak-budak bukak hadiah. Kerana mereka sangat jujur! Bila dah bukak hadiah Cma nampak teddy dia happy sangat! Tapi bile dah bukak hadiah set meja & kerusi tu, terus terlepas teddy bear di tangan! Haha!

" Jangan lepas ni bapak dia pergi guna pulak meja ni nak letak laptop dia, sudah", gurau ibu.

" Pergh! Memang benda tu yang saya dok fikir dari tadi haha! " Abg K-rol dari tadi record sesi Maira bukak hadiah. Dari riak muka dan sengih-an dia tu aku agak dah mesti ada idea jahat neh. Wakaka.

Okay lah. Dah tak reti nak cot-cet apa lagi. Tunggu la idea aku datang lg. Hehe. Bye!

| Tak sabar nak tunggu Haikal setahun |

Share

0 comments:

Post a Comment