Ok now that aku dah lama sangat tak update blog kan..since puasa rasanya kalau tak silap. So oleh kerana aku dah tak tahu nak buat apa lagi sekarang ni..(selain novel+facebook+movies), so aku nak update balik apa yang aku dah banyak 'missed' sebelum ni. In short!
Too late kan, kalau nak cerita Hari Raya? Apatah lagi bulan puasa..
Okay masa puasa hari tu kitorang tak banyak buat kuih sendiri..Disebabkan busy (dan malas). So aku dengan adik aku (Syima @ Cma) buat beberapa jenis kuih je (actually 3 jenis je). Kuih Makmur, Kuih Tart & Kuih Dahlia. Ibu aku pulak busy giler nak siapkan tempahan baju kurung (almost baju kurung kami tak siap!). Tapi berpuasa time weekdays memang seronok. Sebab kalau tak pegi kelas, lagi la rasa lambat je nak buka puasa.
Back (from left) : Kak Long, Me!, Cma & Syafiq
Front (from left) : Along, Ibu & Hariz
Front (from left) : Along, Ibu & Hariz
Walaupun puasa tak cukup sebulan (haha!), tapi raya memang best! Raya kali ni first time kami sekeluarga dapat bergambar full (dengan baby!). Semua pakai serba merah. Hariz pulak (dulu Haikal-long story. Later baru cerita okay!) duduk diam je sebab dia memang pantang nampak benda yang canggih-canggih macam handphone & camera.
Tapi raya kali ni memang tak banyak berjalan sangat. Pergi rumah sedara yang dekat-dekat je. Memang tak keluar dari Melaka pun. Phew! Tak rasa macam raya pun ada. Kan seronok kalau dapat balik kampung jauh-jauh yang ada rumah papan yang ada tangga tu..then boleh main mercun or bunga api or whatsoever. It feels like..raya is supposed to be like that.Kan?Kan?Kan?
Anyway Hariz pun dah 9 bulan sekarang..dah pandai merangkak, duduk & memanjat, buat-buat menangis (sebab aku/Cma selalu berlakon menangis depan dia), jeling orang (macam aku kecik-kecik dulu!), dah pandai sebut 'GITAR' & ajuk orang lain batuk. Fuh. Sekejap je rasanya dia membesar. Rasa macam baru semalam tengok dia merengek macam baby
And now here I am. Tak berani nak apply kerja lagi sebab nak tunggu result exam keluar. Sharul kata aku patut duduk rumah belajar masak (malasnya!). Tapi why not kan? Daripada buang masa mengadap laptop dan kadang-kadang tak tahu nak update apa kat facebook.
|| Okay for now. Bizzu! ||
Share
0 comments:
Post a Comment