Wednesday, January 28, 2009

OMG Aku dibedah!

Wednesday, January 28, 2009


Haha believe it or not aku baru saja di-operate sebab appendix aku dijangkiti kuman. So appendix tu kena buang la.

Patutlah lately aku selalu sangat sakit perut. Tapi pegi klinik dia kata maybe gastrik. So dia bagi ubat buang angin dengan ubat gastrik je. Days go by aku pun tak elok-elok lagi. Makin sakit ade la.

Then aku dengan ibu decided nak pegi klinik lain. Doctor tu kata dia syak appendix cuz sakit dekat belah kanan bawah. Aku ingat appendix ni macam biasa la. Dia suggest pegi hospital.

Nak tak nak aku amik MC hari tu. Pegi check up kat hospital dia kata bukan appendix (bangang betul doctor itu). Then die pun nak main suggest-suggest macam doctor kat klinik tu..suruh pegi jumpa pakar sakit puan kat tingkat atas.

But then doctor sakit puan tu cakap it's confirmed appendix. Bongek la doctor kat bawah tu. Rasa macam nak pegi baling kerusi roda kat dia.

Okay the next day tu aku terus kena tahan wad, after lunch time terus bersiap-siap nak kena operate.

I swear it was a scary moment. Aku paling tak suka jarum. SANGAT. Tapi willingly or not aku kena cucuk 3 kali. The last one tu untuk bius. Yang aku ingat masa dia nak cucuk tu dia sempat borak² dengan aku. Then dah cucuk tu dia suruh baca Al-Fatihah. Aku rasa macam tak habis je kot aku baca tu sebab terus tak sedar. haha.

Sedar² je ada nurse panggil nama aku..nama penuh lak tuh!

"Nurhafizah..oo Nurhafizah..bangun dik--"

Aku sedar jek terus dia tunjuk kat aku 1 botol yang ade appendix aku tuh. I couldn't really see it clearly sebab macam mamai. Perut rasa sakit sangat sebab aku tahu proses dia..diorg masukkan gas dalam perut aku bagi kembung. Yang aku ingat aku nangis je lepas tu haha. Mengada kan?

Nak duduk sakit. Nak pusing sakit. Nak kencing sakit. Nak jalan apetah lagi.

" Dah kentut ke belum? " Ada la sorang nurse ni asyik tanya dah kentut ke belum. Tak paham betul aku. Maybe ade kaitan pasal angin or gas or whatsoever.

Tak best afterwards sebab asyik kena makan bubur je.. Crying Smiley

Nantilah cerita lagik ye. Dah tak larat hehe. Anyway aku ada attached sekali sikit sedutan video operation aku tu. haha.

video

| Yang penting aku dapat MC 3 minggu haha! | Photobucket

Share

0 comments:

Post a Comment