Saturday, November 21, 2009

Tak Kisah Pun!

Saturday, November 21, 2009 0


Phew! Kebosanan melanda! WTF?! Hari ni aku kena tinggal duduk rumah dengan adik laki aku, Syafiq, sebab family members aku yang lain pergi jalan-jalan kat Johor (bukanlah jalan-jalan sangat, tapi nak pegi berurut je)..

So aktiviti aku hari ni tak lain tak bukan baca novel sambil ber-breakfast-kan Twisties, tengok ulangan Macam-Macam Aznil, update Facebook (tatau update apa sebenarnya. Just feels like saying 'update'), update blog (I really am doing this) dan cari list Chick Flick movies yang best-best.

Oh dan tadi aku bagi kura-kura aku makan kulit roti (sebab aku tengok botol makanan dia tiba-tiba kosong. Of course dah habis sebab dia makan. Bukan jiran aku makan sebab botol tu dia boleh capai dari rumah dia). Tapi macam dia taknak makan je. What to do? Aku pun takde transport nak pegi Pet Shop kat depan taman rumah aku tu. Tapi mungkin bagi roti tu..ibarat bagi kucing makan rambutan? Okay now aku sedang merepek.

Tapi sungguh bosan! Actually aku tak kisah pun. Sebab kalau ada internet, aku boleh tahan lagi. Tapi sebab rasa nak keluar. Tu je. Boring banget.


|| Boringgggg! ||

Share

Friday, November 20, 2009

New Family!

Friday, November 20, 2009 1



* Picture : Anak sepupu aku, Cepel (belakang tu kancil merah ibu) *

Setelah bertahun lamanya kereta kancil merah berjasa pada ibu aku, akhirnya berjaya jugak ibu dapatkan kereta baru, Perodua Viva color putih. Kereta kancil merah tu rasanya nak dekat 5 tahun ibu pakai (agak lama jugak!) sebab the fact that kancil tu kereta 2nd hand. Beli dari Driving School. So korang boleh bayangkan la..betapa kereta tu dah dibawak lasak oleh student-student yang belajar memandu dekat situ.

Tapi kan, aku kira respect dengan mak aku sebab selama dia pakai kereta ni, dia handle dengan cekap sekali. Haha. Kalau aku bawak kereta tu, memang susah la nak masuk gear. Maklumlah..kereta veteren hikhik. Nak kata pulak, kereta ni dah banyak sangat hantar repair. So memandangkan takut nak incur cost yang lebih tinggi lagi, baik beli kereta baru. So ibu scrap la kancil ni and amik Viva. Worth it.


|| Lepas dapat kereta baru ni, ibu aku asyik nak keluar beli barang je haha ||



Share

Wednesday, November 18, 2009

Too Late?

Wednesday, November 18, 2009 0


Ok now that aku dah lama sangat tak update blog kan..since puasa rasanya kalau tak silap. So oleh kerana aku dah tak tahu nak buat apa lagi sekarang ni..(selain novel+facebook+movies), so aku nak update balik apa yang aku dah banyak 'missed' sebelum ni. In short!

Too late kan, kalau nak cerita Hari Raya? Apatah lagi bulan puasa..




Okay masa puasa hari tu kitorang tak banyak buat kuih sendiri..Disebabkan busy (dan malas). So aku dengan adik aku (Syima @ Cma) buat beberapa jenis kuih je (actually 3 jenis je). Kuih Makmur, Kuih Tart & Kuih Dahlia. Ibu aku pulak busy giler nak siapkan tempahan baju kurung (almost baju kurung kami tak siap!). Tapi berpuasa time weekdays memang seronok. Sebab kalau tak pegi kelas, lagi la rasa lambat je nak buka puasa.

Back (from left) : Kak Long, Me!, Cma & Syafiq
Front (from left) : Along, Ibu & Hariz


Walaupun puasa tak cukup sebulan (haha!), tapi raya memang best! Raya kali ni first time kami sekeluarga dapat bergambar full (dengan baby!). Semua pakai serba merah. Hariz pulak (dulu Haikal-long story. Later baru cerita okay!) duduk diam je sebab dia memang pantang nampak benda yang canggih-canggih macam handphone & camera.

Tapi raya kali ni memang tak banyak berjalan sangat. Pergi rumah sedara yang dekat-dekat je. Memang tak keluar dari Melaka pun. Phew! Tak rasa macam raya pun ada. Kan seronok kalau dapat balik kampung jauh-jauh yang ada rumah papan yang ada tangga tu..then boleh main mercun or bunga api or whatsoever. It feels like..raya is supposed to be like that.Kan?Kan?Kan?


Anyway Hariz pun dah 9 bulan sekarang..dah pandai merangkak, duduk & memanjat, buat-buat menangis (sebab aku/Cma selalu berlakon menangis depan dia), jeling orang (macam aku kecik-kecik dulu!), dah pandai sebut 'GITAR' & ajuk orang lain batuk. Fuh. Sekejap je rasanya dia membesar. Rasa macam baru semalam tengok dia merengek macam baby

And now here I am. Tak berani nak apply kerja lagi sebab nak tunggu result exam keluar. Sharul kata aku patut duduk rumah belajar masak (malasnya!). Tapi why not kan? Daripada buang masa mengadap laptop dan kadang-kadang tak tahu nak update apa kat facebook.


|| Okay for now. Bizzu! ||



Share

Monday, November 16, 2009

Shopping For Three?

Monday, November 16, 2009 0


Hoh guyz! Lama betul dah tak update blog ni kan?! It's been so long sebab terlalu busy sangat dengan exam. Yeah final sucks, everyone knows that. But since it's over, aku nak gunakan time ni untuk lepaks sepuas-puasnya!

(Actually memang dari awal nak cari kerja. Tapi oleh kerana exam hari tu aku tak nailed betul-betul..so..you know..it's better untuk tunggu dulu result kua..just in case..never mind.)

Okay for now, aku baru je habiskan Sophie Kinsella's one of the Shopaholic series. And it's called 'Shopaholic and Baby'.

(The fact that kesan meminjam Shikin punya novel 'Can You Keep Of Secret?' menyebabkan aku da addicted terhadap Sophie's collection. Oh no. Duit berterbangan)

Okay novel ni (Shopaholic and Baby) memang lah bagi macam aku tak senang duduk. Bayangkan masa tengah gap untuk exam, aku boleh lagi baca novel ni sedangkan Shikin pagi-pagi lagi dah mengadap meja nak study. Dah macam on drugs!

Basically novel ni ceritakan balik tentang obsession Rebecca Bloomwood on shopping (seriously, gile shopping), yang dah pun start pregnant. Menarik and kelakar gila okeh! Especially bila dia dah start gila shopping untuk barang baby. Meanwhile, her obstretician, Venetia Carter yang dah banyak kali deliver celebrities' baby, and quite famous, rupa-rupanya Luke's ex-girlfriend (Luke=Becky's husband).

Bila baca cerita ni, memang dapat bayangkan balik Isla Fisher dalam Confessions of a Shopaholic. Sangat cute dan menggelabah! Luke pulak, OMG so smart (Hugh Dancy)!

(Shikin once told me that it would be better kalau digantikan dengan Anne Hathaway disebabkan style menggelabahnya tu)

So sekarang..tinggal Shopaholic Abroad untuk aku baca. Yang lain tu (Shopaholic Ties The Knot & Shopaholic and Sister)..tunggu dah habis baca yang abroad ni baru boleh beli. Kalau ada duit hohoho.


|| Okay sekarang aku dah ada banyak masa untuk buat macam-macam kan..so bolehlah taip panjang-panjang haha! ||


Share