Monday, August 31, 2009

Rumah Dulu dan..

Monday, August 31, 2009

Kelakar sangat bila dapat tahu Shikin, roommate aku dulu dan sekarang, ada simpan lagi gambar² bilik kitorang dulu masa Part 6 dekat Baiduri. Bile tengok balik rasa macam rumah setinggan pun ada haha. So aku ingat nak share gambar ni.



Almari paling kiri Shikin punya, tengah tu aku, then Sara. Semua biru kan? Aku rasa almari aku tu kalau zip pun takda bagi kesan pun. Kat bawah tu ada kotak Sara isi buku².




Okay ni aku rasa nampak better sikit kalau tak zip. Atas almari aku tu penuh dengan makanan. Sara pulak dengan bantal dia. Shikin pulak..err..rongak betul dah almari dia XD




Kat tepi kotak pink kiri ni (Shikin), kitorang letak meja² belajar. Kotak hujung tu aku punya. Hampir koyak rabak. Bakul tinggi tu Shikin punya. Aku tumpang jugak baju² kotor letak dalam tu. Jimat space la katakan. Haha. Bakul kecik tu pulak Sara punya.




Aku rasa gambar² ni semua di-captured masa kitorang nak amik paper Mandarin (takpun, preparation untuk Oral Test). Buktinya, ni meja Shikin, ada buku Mandarin & stationary dia dekat situ haha.




Okay kat tepi almari ni kitorang letak tilam² supaya nampak tersusun sikit. Seperti biasa, tilam paling kiri Shikin punya, then aku, pastu Sara. Tapi oleh kerana Sara tamak (wakaka!), dia bawak tempat alas exercise untuk letak bawah tilam dia. Mantop!




Ni pulak pintu toilet bilik kitorang. Towel paling kiri : Sara, aku, Shikin.
(Perasan tak apesal aku suka duduk tengah? Kalau tidur pun, aku suka tengah. Sebab aku rasa lebih selamat kalau ade orang di kiri-kanan aku haha)
Towel kitorang pun color seakan-akan sama. Comel kan?! Sehati-sejiwa! Ngaaaa




Yang paling best ialah kitorang dapat lihat dari luar tingkap bilik ni progress nak siapkan rumah-rumah banglo kat tepi jalan bertentangan dengan apartment Baiduri ni. Pastu sibukla kitorang akan bagi komen² pasal rumah² tu. Seronok! Yang tepi tingkap tu botol air-freshener Sara.




Bila bilik ni dah kosong..sebab dah packing² untuk pindah (abes semester)..so nampak luas sikit la. Kalau tak, kitorang asyik terberlaga muka je (sebab nak tunjukkan kesempitan tu hee hee).


Anyway...tu jela gambar yang ada kat rumah setinggan ni haha. Tak berkesempatan pulak nak amik gambar rumah yang sekarang..Nanti-nanti lah kay..


| Teringat pulak bila time malam² nak tidur, bunyi bising motor kat jalan raya depan ni.. |

Share

0 comments:

Post a Comment