Sunday, June 21, 2009

Baby's Day Out

Sunday, June 21, 2009


Jumaat (19 June) lepas Along dengan K.Long balik Melaka. Mestilah orang yang paling diorang rindu sekali is Haikal kan..dah 3 minggu tak jumpa.

Eh lupa. Cma pun balik jugak. Hehe..



Semalam kitorang 1 family hangout pergi Tesco sebab nak bawak Haikal jalan² (sebenarnya nak beli barang² asrama untuk Syafiq haha). yang paling excited mesti lah Haikal. Yang bestnya kalau pergi Tesco ni sebab ada troley untuk letak baby. Tak sure pulak tempat lain camna sebab asyik pergi Tesco je hehe. Masa ni tak payahla gaduh² sapa nak pegang Haikal ngeeee..


Ni along aku sempat capture gambar budak ni kat tengah² dunia Tesco tu. Aparaa..Orang tengah busy² nak shopping-mopping dia pergi buat tayangan gambar lak kat situ. Masa ni Haikal still segar-bugar lagi. Mata dia meliar² tengok benda² kat situ.. Ala baby kan.. Pastu kan..jelas betul kesan nyamuk gigit kat tepi hidung dia tu. Haha.


Pictures above were taken about 45 minutes after. Haikal pun dah tido. Troley tu pulak asyik ditolak je. Lagi la dia tido. Nasib baik meragam sekejap je suruh dukung. Aku pulak yang mengada² mengidam Secret Recipe punya Blueberry Cheese punya kek, akhirnya sampai jugak hajat aku tu.

Then kitorang singgah KFC nak beli untuk Syafiq. Malangnya semalam terlupa pulak nak capture moment masa Haikal makan whipped potato dia yang pertama dekat kantin sekolah Syafiq tu. Haha. Tak sure pulak sampai rumah pukul berapa. Tapi lepas tu semua pengsan. Huh..hari yang panjang..


Haikal dah pandai makan durian

» Happy Father's Day! Muah! «

Share

2 comments:

TuahFadzli

kuar x ajak.. haha...

- p z a a -

eleh tuah sibuk berdating camne nak ajak.lalalala

Post a Comment